Kesihatan

Ayam Boleh Makan Tapi Bukan Setiap Hari, Ini Sebabnya…

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Ayam Boleh Makan Tapi Bukan Setiap Hari, Ini Sebabnya…

“Sedapnya makan makan ayam goreng hari ni, esok nak masak ayam masak sambal cili padi lah pula”

IKLAN

Apabila masuk bulan ramadhan pastinya pelbagai resepi dan menu masakan dicuba di rumah. Salah satu bahan yang menjadi kegemaran suri rumah untuk memasak pastinya tidak lain adalah ayam.

Ya, ayam merupakan menu masakan kegemaran seisi rumah ia bukan saja memberikan rasa yang enak malah boleh di masak dalam pelbagai variasi masakan. Tetapi pernah tak kamu terfikir apa akan jadi kalau hari-hari asyik makan ayam?

Ayam elok untuk di makan tetapi bukan hari-hari, nak tahu sebab apa jom tengok sebabnya di bawah.

Foto – Harvard Health

#1 Lemak Dan Kalori Berkumpul

Menurut pakar nutrisi makanan Siddhart Marya, nilai nutrisi bagi 100 gram ayam mengandungi 124 kalori, 20 gm protein dan 3 gm lemak.

Bayangkan jika kamu makan ayam hari-hari pastinya badan kamu terkumpul dengan lemak-lemak dan kalori yang tinggi. Kemudian pastinya penyakit lain akan muncul dek kerana gaya pemakanan kamu sendiri.

#2 Berisiko Tingkatkan Penyakit Kanser

Apabila kamu memasak ayam goreng, pastinya kamu kamu akan masak ayam dengan menggunakan suhu api yang kuat bukan. Untuk pengetahuan kamu, ayam yang di masak dengan suhu api yang kuat boleh meningkatkan risiko kanser kolon dan kanser payudara.

Jika ayam tidak di masak dengan menggunakan suhu yang betul ia akan memberi mudarat pada kesihatan dan apatah lagi kamu makan ayam setiap hari.

IKLAN
Foto – The Spruce

#3 Diri Terdedah Dengan Arsenik

Macam mana diri boleh terdedah dengan arsenik yang bahaya ni? Untuk pengetahuan kamu 55 peratus produk ayam di pasaraya mengandungi arsenik. Bukan itu saja, ayam goreng fast food yang terdapat di pasaran juga mengandungi sedikit arsenik.

Arsenik yang terdapat pada ayam akan membuatkan diri berisiko mengalami masaalah hati, diabetes, masalah neurologi dan juga kanser.

Bukan nak kata tak boleh makan ayam fast food, boleh dengan syarat terhadkan pengambilan seperti dua minggu sekali atau sebulan sekali.

#4 Boleh Terkena Penyakit E.Coli

Penyakit Escherichia Coli atau E.Coli merupakan bakteria yang sangat terkenal kerana boleh menyebabkan muntah, masalah pernafasan dan sakit perut dek kerana makan yang terdedah dengan penyakit E.Coli atau cara penyediaan makanan yang tidak bersih. Selain itu, ayam juga merupakan salah satu haiwan yang sering terdedah dengan E.Coli.

Foto – Arkib Wanista

#5 Boleh Terkena Keracunan Makanan

Masalah keracunan makanan disebabkan bakteria seperti salmonella, campylobacter dan bakteria lain yang terdapat pada ayam, berpotensi besar menyebabkan diri mengalami keracunan makanan.

Hal ini berlaku apabila kamu tidak tahu ayam tersebut sakit dan kemudian memasak ayam tersebut dan makan. Bakteria yang terdapat pada ayam akan menyerang tubuh si pemakan dan menyebabkan keracunan makanan.

Senang kata apabila hendak membeli ayam, pastikan kamu lihat ayam tersebut tidak ada tanda lebam-lebam atau pucat seperti penyakit pada badan ayam. Selain itu, pastikan kamu memasak ayam dengan menggunakan suhu yang betul dan bersihkan ayam dengan teliti.

Ayam memang enak untuk di makan, tetapi bukan setiap hari letakkan had dan kuantiti dengan seimbang agar kesihatan diri dan keluarga tidak terjejas.

Rujukan: 1, 2,