Makanan, Resipi

Resepi Apam Balik Sedap Sampai Beribu Orang Kongsi

Malisa Aina
/
love writing and Netflix so much
Resepi Apam Balik Sedap Sampai Beribu Orang Kongsi

Sedihnya Ramadan kali ini, berlangsung dalam suasana terbatas memandangkan kita masih lagi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan. Jadi nak singgah bazar bagi mendapatkan lauk pauk dan aneka kuih muih memanglah tidak kesampaian. Nak buat macam mana, kita tabah dan sabar dengan pengorbanan ini. Cewahhh…

IKLAN

Jika anda semua teringin nak makan apam balik, Wanista kongsikan satu resepi mudah. Hebatnya sampai mendapat perkongsian ribuan pengguna di Facebook.

Foto – Wiki

Nak buat apam balik, anda perlukan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • Setengah cawan gula
  • 1 setengah cawan air
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • 1sudu teh sodium bikarbonat

Bahan tabur:

  • Goreng kacang tanah tanpa minyak dan kisar kasar (beli kacang tanah yang dah digoreng dan dikisar)
  • Jagung manis dalam tin
  • Gula halus
  • Marjerin
Foto – Arkib Wanista

Ini cara membuatnya yang sangat mudah:

1. Masukkan semua bahan-bahan adunan ke dalam blender sehingga sebati.

2. Tunggu lebih kurang 15 min – 30 min supaya adunan kembang.

3. Oleskan marjerin di permukaan kuali – sebaiknya non-stick pan.

4. Tuangkan 1 senduk bahan adunan tadi ke dalam pan dan ratakan ke seluruh pan (jika pan besar, tuangkan 2 senduk)

IKLAN

5. Guna api sederhana

6. Biarkan seketika dan masukkan bahan tabur apabila nampak separuh masak (nampak lubang-lubang kecil)

7. Taburkan kacang, jagung, gula dan marjerin

8. Sudah masak, lipat dua apam balik macam orang jual buat.

Selamat Mencuba!

Resepi dari Nur Balqis untuk Dapur Bidadari