Kecantikan

Stail Rambut Blackpink Jennie ‘Chunky Highlight’ Jadi Trend Semula

Malisa Aina
/
love writing and Netflix so much
Stail Rambut Blackpink Jennie ‘Chunky Highlight’ Jadi Trend Semula

Seperti biasa setiap tahun ada sahaja trend baru yang menjadi ikutan ramai.

IKLAN

Kali ini, tinjauan mendapati trend 90-an masih lagi menarik perhatian anak muda masa kini. Contohnya scrunchies dan klip rambut memenuhi ruang Instagram dan Pinterest. Kali ini tiba pula trend mewarnakan rambut ala ‘chunky highlights’ yang menjadi pilihan ramai selebriti dan influencer.

Foto – Arkib Wanista

Kali ini stail mewarnakan rambut yang dinamakan ‘chunky highlight’ kembali menjadi trend. Stail chunky highlight ialah kamu mewarnakan sedikit rambut di garisan rambut depan sahaja. Satu yang menarik dengan stail ini membuatkan muka besar dan bulat kamu kelihatan kecil, memberi kelainan pada penampilan.

Foto – Arkib Wanista

Selebriti seperti Kylie Jenner, Jennifer Lopez, Beyonce antara yang terdahulu mengenakan stail ini. Dan yang paling latest Blackpink Jennie dalam comeback ‘How You Like That’.

Jika kamu inginkan stail chunky highlight sama ada coklat, blonde, hitam atau merah jambu, atau apa sahaja warna pilihan, dapatkan nasihat colorist terlebih dahulu.

Foto – Arkib Wanista

Memang nampak cool kan…