Kesihatan

1 Minit Buat Senaman Plank, 5 Manfaat Kesihatan Korang Dapat

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
1 Minit Buat Senaman Plank, 5 Manfaat Kesihatan Korang Dapat

Korang rajin bersenam dan selalu lakukan senaman plank di rumah? Tahu tak sebenarnya senaman plank yang korang lakukan tu sebenarnya memberi manfaat pada kesihatan korang sendiri.

IKLAN

Apatah lagi kalau korang memang rajin buat senaman plank ni setiap hari, lagipun senaman ni korang tak perlukan masa yang lama untuk lakukannya.

Satu minit dah cukup untuk beri manfaat yang luar biasa kepada tubuh korang sendiri, yang penting kena rajinlah sikit. Lakukan senaman plank hari-hari selama satu minit, gerenti korang sendiri terpukau dengan perubahan pada tubuh dan kesihatan diri.

Jom kita lihat apa manfaat yang korang dapat bila buat senaman plank ni hari-hari di bawah.

#1 Mengurangkan Risiko Masalah Tulang Belakang

Melakukan senaman plank setiap hari dapat membantu mengurangkan risiko mengalami masalah sakit belakang dan juga masalah kecederaan tulang belakang. Apa yang penting senaman plank ini dilakukan dengan betul, luruskan otot badan tanpa meletakkan bebanan pada pinggul dan tulang belakang.

Foto – Healthifyme

#2 Bentuk Tubuh Badan Jadi Lebih Menarik

Senaman plank ini memberi fokus pada otot-otot utama tubuh, menerusi senaman ini otot-otot mula menampakkan bentuknya dan hasilnya bentuk tubuh menjadi lebih menarik. Tambahan lagi, dengan melakukan senaman plank ini tubuh juga secara tidak langsung menjadi kuat dan aktif.

Foto – Active

#3 Meningkatkan Sistem Metabolisma Tubuh

Melakukan senaman plank ini bukan sahaja menguatkan tubuh badan, malah ia juga meningkatkan sistem metabolisma diri dan kalori tubuh dari masa ke semasa. Untuk pengetahuan kamu semua, dengan membina otot menerusi senaman ini ia dapat mempercepatkan lagi sistem metabolisma diri.

Justeru itu, bagi individu yang memiliki sistem metabolisma diri yang rendah maka senaman ini adalah alternatif untuk tingkatkan sistem metabolisma diri dengan selamat dan mudah.

IKLAN
Foto – Kobieta

#4 Memberi Keseimbangan Pada Tubuh

Bagi yang ingin dapatkan postur badan yang lurus dan cantik makan senaman plank ini adalah cara terbaik untuk kamu lakukan. Dengan melakukan senaman plank ini, ia dapat mengajar dan juga meningkatkan tahap keseimbangan diri dengan mudah dan selamat.

Tambahan lagi, ia juga dapat meningkatkan kebolehan diri dalam apa jua aktiviti yang kamu lakukan seperti bersukan.

Foto – Google

#5 Bagus Untuk Kesihatan Mental

Senaman plank ini juga dapat memberi manfaat dalam meningkatkan kesihatan mental, ini adalah kerana senaman plank ini dapat mempengaruhi saraf yang mana ia berkait dalam meningkatkan mood seseorang.

Tambahan lagi, senaman ini juga bagus dalam mengurangkan tekanan dan masalah anxiety yang dihadapi oleh seseorang.

Jadi apa lagi jom jadikan senaman plank selama satu minit ini sebagai rutin harian, jadikan ia amalan sepanjang masa bagi mengekalkan kesihatan diri dan orang tersayang.

Selamat beramalโ™ฅ