“Dah lama tak merasa bebola daging IKEA, rindunya nak makan!”
Pasti ramai merasai perasaan yang sama bukan, rasa keinginan mengidam makan makanan kegemaran tetapi sayang dek kerana penularan Covid-19 ni, kita semua kena duduk di rumah dan harus membuat penjarakkan sosial.
Tapi macam mana dengan rasa gian nak makan makanan kegemaran ni, dah lama sangat tak dapat makan bebola daging IKEA. Nah jangan risau, Pengurus Makanan IKEA Lorena Lourido berkongsi resepi bagaimana untuk membuat bebola daging IKEA yang lazat di rumah.
Apa lagi ini lah masanya untuk kamu serlahkan bakat memasak dengan memasak bebeola daging IKEA menerusi air tangan sendiri.
Bahan-bahan untuk menghasilkan bebola daging IKEA
- 500 gram daging cincang
- 250 gram daging ayam cincang
- 1 batang daun bawang
- 1 labu bawang putih di tumbuk halus
- 100 gram serbuk roti
- 1 biji telur
- 5 sudu susu
- Garam dan lada
Cara memasak bebola daging IKEA
- Masukkan daging cincang dan daging ayam cincang ke dalam mangkuk. Kemudian gaul sehingga sebati.
- Kemudian masukkan daun bawang yang telah di potong, bawang putih, serbuk roti dan telur ke dalam daging. Gaul sehingga sebati.
- Setelah itu masukan susu, garam dan lada ke dalam daging, gaul lagi sekali sehingga sebati.
- Kemudian bentukkan daging menjadi bebola kecil, sehingga habis bahan-bahan.
- Selesai, letakkan bebola di atas pinggan bersih kemudian tutup bebola dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam.
- Setelah 2 jam bebola di sejukkan, panaskan kuali dan minyak dengan menggunakan suhu api sederhana.
- Apabila minyak telah cukup panas, masukkan bebola ke dalam kuali, masak sehingga keseluruhan bebola menjadi coklat keemasan.
- Selesai menggoreng, letakkan ke dalam dulang dan tutup bebola. Kemudian masukkan dulang tersebut ke dalam ketuhar dalam suhu 180 darjah selsius dan masak selama 30 minit.
- Siap bebola daging IKEA.
Bahan-bahan membuat sos krim daging bebola IKEA
- Minyak masak
- 40 gram mentega
- 40 gram tepung gandum
- 150 ml stok sayur-sayuran
- 150 ml stok daging
- 150 ml double cream pekat
- 2 sudu teh sos soya
- 1 sudu teh mustard Dijon
Cara memasak sos krim bebola daging IKEA
- Cairkan mentega di atas kuali panas, masukkan tepung gandum ke dalam kuali. Kacau tepung selama 2 minit.
- Kemudian masukkan stok sayur dan stok daging ke dalam kuali. Kacau sehingga sebati.
- Setelah itu, masukkan double cream yang pekat ke dalam kuali dan masukkan juga sos soya serta mustard Dijon. Gaul bahan-bahan sehingga rata.
- Perlahankan api dan masak sehingga kuah sos menjadi pekat.
- Setelah kuah sos menjadi pekat dan masak, tutup api dan boleh di hidang.
Hidangkan bebola daging bersama sos krim di atas pinggan, kamu juga boleh tambah kentang putar buatan sendiri sebagai tambahan. Macam mana, senang bukan nak buat menu bebola daging IKEA ni.
Selamat mencuba♥