Aktres rookie Han So Hee pukau netizen dengan bakat lakonannya dalam drama ‘The World Of The Marriage’ sebagai orang ketiga dalam rumahtangga Ji Sun Woo lakonan Kim Hee Ae dan Lee Tae Oh lakonan Park Hae Joon.
Bakat lakonan Han So Hee diikhtiraf ramai penonton dari Korea dan Asia, segala pujian dan kritikan yang diberikan oleh netizen berdasarkan lakonan mantapnya dalam drama rating paling tinggi di Korea ketika ini.
Rata-rata ramai yang ingin mengenali aktress cantik dan berbakat ini dengan lebih rapat, almaklum siapa yang tidak tertawan dengan aktres rookie yang mendadak naik dek kerana bakatnya bukan?
Junior Sekolah Aktres Kim Tae Hee
Untuk pengetahuan semua aktres cantik ini merupakan junior sekolah aktres jelita Kim Tae Hee, sungguh mengejutkan. Han So Hee merupakan bekas pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Ulsan di mana sekolah tersebut merupakan sekolah kepada aktres terkenal Kim Tae Hee.
Bukan sembarangan ni, dua aktres jelita dan berbakat merupakan bekas pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Ulsan. Hebat bukan?
Tahun 2017 Permulaan Perjalanan Aktress Rookie Ini
Han So Hee mula melangkah dalam dunia lakonan pada tahun 2017, tahun tersebut merupakan perjalanan pertama aktress jelita ini melebarkan sayapnya sebagai pelakon.
Dalam masa setahun Han Soo Hee membintangi dua buah drama dan paling mengejutkan adalah drama tersebut sangat popular bukan saja di Korea malah di Asia.
Rekod Fail Drama Dibintangi Oleh Han So Hee
Bukan sembarangan bakat pendatang baru ni, dirinya mengasah bakat dalam beberapa drama yang tidak kurang hebatnya seperti drama yang sedang ditayangkan pada ketika ini. Jom lihat drama-drama yang pernah dibintangi oleh aktres rookie ni.
Drama
- Reunited World – SBS 2017
- Money Flower – MBC 2017 – 2018
- 100 Days My Prince – tvN 2018
- Abyss – tvN 2019
- The World of The Married – JTBC 2020
Filem
- After The Rain – KBS2 2018
Han So Hee nampaknya akan melebarkan sayapnya secara meluas lagi dengan projek-projek baru di masa akan datang, pastinya kita semua tidak sabar menanti projek terbaru dari aktres rookie ini dan pukau kita semua dengan lakonan mantapnya seperti dalam drama yang pernah dilakonkannya.
Penting: Jangan tersilap aktres jelita ni dengan bekas teman wanita T.O.P Big Bang yang drug addict tu, mereka berdua mempunyai nama yang sama sahaja dan bukannya orang yang sama!