Kecantikan

Serius Cantik, Rihanna Ajar Cara Mekap Mudah 10 Minit Je

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Serius Cantik, Rihanna Ajar Cara Mekap Mudah 10 Minit Je

Nak keluar tapi malas nak mekap berjam-jam?

IKLAN

Apa kata kamu cuba cara mekap Rihanna ni, ringkas, mudah dan tak ambil masa yang lama pun. Tak percaya? Rihanna cuma ambil masa 10 minit je untuk mekap, nak atau bagaimana Rihanna bertatarias, jom tengok di bawah!

Cara Rihanna mekap cukup ringkas dan mudah dalam masa 10 minit sahaja!

Foundation 

Rihanna cukup sempoi apabila menyapukan krim foundation pada wajahnya, pergerakan dab-dab sangat lincah dan cepat bagi menyapu rata krim foundation pada seluruh wajahnya.

Contour

Selesai pakai krim foundation, Rihanna gunakan contour pada sekitar tulang pipi, hidung, dahi dan juga bawah dagu. Bagi Rihanna penggunaan contour ini boleh buat bentuk muka kelihatan runcing dan tidak gemuk. Sapu contour menggunakan berus mekap dan pastikan ia berasimilasi dengan kulit.

Concealer

Setelah itu masuklah bahagian concealer, Rihanna menggunakan concealer ini pada bahagian bawah mata untuk menutup lingkaran gelap bawah mata, di sekitar hidung dan tulang hidung serta di sekitar bawah kening. Rihanna menggunakan pergerakan dab-dab bagi meratakan krim concealer di bahagian tersebut.

IKLAN

Bedak Compact

Ini bahagian yang paling cepat, iaitu menyapu bedak compact pada seluruh wajah.

Foto – Arkib Wanista

Bronzer

Kemudian Rihanna memakai bronzer di sekitar tulang pipi dan pada kelopak mata dengan warna nude, bak kata Rihanna kalau nak pandai menyolek menggunakan brozer kena rajin berlatih. Almaklum tiada jalan pintas nak cantik, betul tak?

Kening

Selesai, Rihanna mula melukis kening dan warnakannya dengan warna hitan cair. Cukup ringkas untuk sekadar keluar berjalan-jalan dan tidak terlalu vogue.

Pembayang Mata

Yup, bahagian paling wanita suka iaitu pembayang mata kerana bahagian ini akan menarik perhatian siapa saja yang memandang. Seperti Rihanna, dirinya memilih warna merah jambu dan sedondon dengan warna bibirnya. Rasanya mana-mana wanita lebih gemar matchingkan warna pembayang mata dengan bibir mereka betul tak.

Foto – Arkib Wanista

Pemerah Pipi

Rahsia Rihanna kelihatan awet muda pada wajah adalah kerana penggunaan pemerah pipi dan bak kata Rihanna pemilihan berus sangat penting untuk warnakan pemerah pipi dengan betul dan cantik. Yup, setuju!

Highlighter

Rihanna mengenakan sedikit highlighter pada hujung mata untuk membuatkan mata kelihatan besar dan bulat.

Bulu Mata

Selesai bahagian mata, mulalah sesi memakai bulu mata palsu. Rihanna mengenakan bulu mata yang tidak terlalu sarat dan ringkas. Lagipun dengan pemakaian bulu mata palsu seperti ini, ia lebih mudah untuk di pakai kerana tidak berat atau terlalu tebal dan sarat.

Foto – Arkib Wanista

Lip Gloss

Bahagian yang di tunggu-tunggu, warnakan bibir dengan lip gloss merah jambu. Warna sedondon dengan pembayang mata. Rihanna sendiri sangat menyukai warnakan bibirnya menggunakan lip gloss merah jambu yang berkilau ni.

Body Shimmer

Terakhir sekali body shimmer, selebriti tidak terlepas dari menggunakan body shimmer bagi menayangkan tubuh mereka yang berkilau dan menyerlah. Begitu juga dengan Rihanna, dirinya juga mengenakan body shimmer bagi mendapatkan kesan tubuh yang berkilau dan cantik.

Foto – Arkib Wanista

Nah, tak banyak pun barang-barang mekap yang Rihanna dengan 12 barang mekap ni sudah cukup mengambil masa kamu sebanyak 10 minit sahaja untuk bertatarias dan bersolek.

Jadi lepas ni tak ada alasan lagi nak mekap, sedangkan selebriti pun boleh mekap dengan sempurna dalam tempoh masa yang singkat, apatah lagi kita sendiri betul tak?

Selamat mencuba