Hiburan

K-Drama ‘A World Of Marriage Couple’ Jadi Kegilaan Rakyat Malaysia

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
K-Drama ‘A World Of Marriage Couple’ Jadi Kegilaan Rakyat Malaysia

K-Drama terbaru terbitan JTBC iaitu ‘A World Of Marriage Couple’ telah menjadi drama kegemaran rakyat Malaysia ketika ini. Drama dari Korea Selatan yang baru sahaja ditayangkan ini menjadi popular dengan mendadak dek kerana jalan cerita yang penuh rencah dan ragam di alam rumahtangga.

IKLAN

Drama fiksyen ini menghidangkan pelbagai sudut pandangan di alam rumahtangga dan sekelilingnya, tambahan lagi dengan lakonan mantap pelakon veteran seperti Kim Hee Ae, Park Hae Joon dan Han So Hee menyerikan lagi asam garam sebagai pasangan di dalam drama ini.

Plot Rumahtangga Yang Penuh Konflik

Seawal episod pertama drama ‘A World Of Marriage Couple’ ini telah menyajikan plot rumahtangga yang penuh konflik kepada penonton. Hubungan yang dibina atas dasar ikatan cinta mula bertukar tragedi apabila suaminya Lee Tae Oh lakonan Park Hae Joon curang dan mempunyai wanita lain.

Ji Sun Woo lakonan Kim Hee Ae mula mensyaki suaminya telah berubah dan curang terhadap dirinya. Namun sorok macam manapun tetap ketahuan juga, Ji Sun Woo menemui bukti kecurangan suaminya dan mengetahui siapa identiti wanita yang mencuri hati suaminya.

Siapa saja yang menonton sejak dari episod satu sehingga episod terkini, pastinya berasa geram dan sesak nafas melihat plot cerita rumahtangga di dalam drama ini, justeru itu tidak hairan ia menjadi drama kegemaran rakyat Malaysia.

IKLAN

Pengkhianatan & Kecurangan Yang Merobek Hati

Foto – Arkib Wanista

Mengetahui pengkhianatan rakan baik dan kecurangan suami tercinta memberi tamparan hebat kepada Ji Sun Woo, keluarga bahagia yang di bina kini menanti masa untuk musnah. Ji Sun Woo bersemuka dengan suaminya dan mahu suaminya berterus-terang dan jujur.

Tetapi seperti mana-mana suami yang curang, mereka tidak mengaku perbuatan mereka di hadapan isteri. Begitulah yang berlaku terhadap Ji Sun Woo dan Lee Tae Oh, penafian kecurangan oleh suaminya membuatkan Ji Sun Woo tidak lagi mempercayai suaminya dan perasaan amarah serta dendam mula berputik.

Mainan Psikologi Yang Hebat

Foto – Arkib Wanista

Kemelut rumahtangga yang mula menunjukkan rentak ini disajikan dengan kuasa emosi yang dialami oleh Ji Sun Woo, bebanan perasaan dikhianati oleh suami dan orang sekeliling membuatkan mainan psikologi sangat dirasai oleh penonton.

Kesakitan seorang isteri yang dicurangi sambil menghadap orang-orang toksik di sekeliling watak utama, membuatkan penonton berasa geram dan tertekan dengan jalan cerita yang disajikan setiap episod.

Dendam Kesumat Mula Mekar

Foto – Arkib Wanista

Apabila perasaan cinta bertukar menjadi dendam, mulalah rancangan jahat untuk melihat insan yang dibenci menjadi musnah. Itulah yang terjadi kepada Ji Sun Woo dan Lee Tae Oh, dari permulaan perjalanan rumahtangga hingga bercerai dan kemudian bersua muka kembali perasaan dendam masih utuh di jiwa.

Melihat jalan cerita yang kian rancak dan mengujakan ini pastinya membuatkan penonton tidak senang duduk dan tidak sabar menanti apa yang bakal Lee Tae Oh dan Ji Sun Woo bakal hidangkan untuk episod seterusnya.

Sinopsis & Trailer

Ji Sun Woo merupakan seorang doktor yang berjaya, dirinya mendirikan rumahtangga bersama Lee Tae Oh dan memiliki seorang anak lelaki. Kehidupan keluarga yang bahagia tidak bertahan lama apabila suaminya curang dan orang sekeliling mengkhianati dirinya.

Lee Tae Oh bercita-cita ingin menjadi pengarah filem terkenal dan dirinya menguruskan perniagaan hiburan sambil mendapat sokongan dari isterinya Ji Sun Woo. Meski Lee Tae Oh mencintai isterinya tetapi dirinya terperangkap dalam jalinan hubungan bersama wanita lain.

Melihat drama dari Korea Selatan yang penuh dengan sandiwara dan kemelut rumahtangga ini membuatkan penonton tempatan dan luar negara sangat menyukai drama hebat ini. Jadi tidak hairanlah drama ini menjadi trending di sosial media, meski ia baru saja ditayangkan.

Rujukan