Bibir mungil yang penuh dan kemerahan semula jadi merupakan idaman setiap wanita.
Sekarang anda boleh mendapatkan itu semua, dengan satu calitan di bibir sahaja tanpa melakukan suntikan filler.
Tular di Tiktok adalah produk dari Too Faced yang mampu membuat bibir menjadi penuh dalam beberapa saat. Dipanggil Too Faced Lip Injection Extreme memberi bibir anda seperti Kylie Jenner tanpa memerlukan usaha berat sama sekali – sekali calitan tadaa terus dapat bibir yang anda inginkan. Magik!
Pengguna Tiktok berkongsi sebelum dan selepas result, dan ternyata produk tersebut berfungsi untuk semua orang. Ada yang mencubanya pada teman lelaki mereka, untuk lebih yakin lagi. Rata-rata yang telah menggunakan produk ini sukakan hasil pada bibir. “It burns and tingles a lot but it does have good results. Just get the extreme version!”
Bila aplikasi ke bibir akan rasa sedikit burn tetapi sejurus itu bibir akan berubah jadi merah dan penuh – mengikut darah dan ianya terbukti secara perubatan.
Too Faced Lip Injection Extreme
Serum ‘suntikan bibir’ diperkaya dengan Vitamin E untuk memberi bibir sihat serta penuh kelembapan. Minyak alpukat dan jojoba menjadikan bibir lebih cerah dan berkilau.
Jika anda teringin nak cuba, boleh dapatkan di Sephora. Mungkin ini alternatif anda untuk mendapatkan bibir tebal tanpa perlu membuang duit.
Tepuk dada tanya selera.