Nak renovasi rumah tapi tak ada idea menarik walaupun dah tengok banyak majalah dekorasi, tak apa tak ada masalah. Jangan kalut-kalut, yang penting kamu kena kenal pasti apa yang kamu inginkan dalam dan luar rumah.
Mungkin tips dekorasi dari Yatie Sendayu Tinggi ini dapat memberi idea segar buat kamu yang sedang mencari dekorasi rumah terkini.
#1 Bilik Tidur Yang Cozy
Melihat bilik tidur Yatie Sendayu Tinggi ini bikin cemburu bagi wanita di luar sana. Mana tidaknya dengan pemilihan kain cadar dan bantal yang ringkas dengan rona warna minimalis membuatkan bilik tidur tampak segar dan luas.
#2 Bilik Pakaian Kemas & Rapi
Memiliki bilik pakaian yang serba kemas, rapi dan memiliki banyak kabinet untuk meletak barang wanita pastinya impian semua wanita. Begitu juga dengan Yatie, dirinya juga memiliki bilik pakaian yang cukup elegan dan kontemporari.
#3 Sudut Dapur Yang Elegan & Ringkas
Nampaknya Yatie cukup gemar dengan barang perabot yang minimalis, ini dapat dilihat pada pemilihan kabinet di dapur Yatie sendiri. Semuanya serba ringkas dengan kabinet almari tinggi dengan rona putih yang menyerikan lagi ruang dapur.
#4 Ruang Kucing Yang Comel
Nampak rumah kecil warna putih tu, tulah rumah kucing Yatie bukan biasa-biasa tau. Kalau pemilik kucing yang lain beli sangkar kucing bertingkat-tingkat, tapi Yatie mahu anak-anak kucingnya tinggal selesa di dalam rumah kucing seperti mana manusia tinggal dalam rumah. Memang rare, bertuah kucing milik Yatie ni.
#5 Santai Dengan Kolam Renang Yang Besar
Cuba tanya mana-mana pemilik rumah yang ingin merenovasi rumah pastinya tidak ketinggalan untuk masukkan rekaan kolam renang dalam senarai renovasi rumah.
Ya begitu jugalah di dalam rumah usahawan wanita berjaya ini, rumahnya juga memiliki kolam renang yang besar dan menjadi tempat untuk dirinya seisi keluarga beristirehat dengan santai.
#6 Pemasangan Penggera Keselamatan
Rumah dah cantik-cantik dan di penuhi dengan perabot mahal-mahal pastinya memerlukan keselamatan juga. Almaklum apa-apa saja boleh berlaku, Yatie memasang penggera di setiap sudut tingkap dan juga pintu di rumahnya bagi menjaga keselamatan.
Jadi dah alang-alang mendekorasi rumah biar semuanya berkualiti dan tahap keselamatan juga haruslah tinggi. Penggera yang usahawan popular ini pilih bukan biasa-biasa, jika berlaku sedikit gegaran penggera akan terus berbunyi. So safety, juga perlu dimasukkan di dalam senarai merenovasi rumah.
Nampak tak, sebenarnya banyak hal-hal kecil dalam dekorasi rumah sering kita pandang remeh dan tidak ambil peduli sangat. Tetapi setelah melihat tips dekorasi rumah yang dikongsikan oleh Yatie Sendayu Tinggi ini pastinya dapat membantu kamu semua membuat pilihan dekorasi dengan bijak.