Teknologi

7 Sebab Kenapa iPhone SE Terbaru Bakal Diburu Pencinta Gajet

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
7 Sebab Kenapa iPhone SE Terbaru Bakal Diburu Pencinta Gajet

Apple melancarkan telefon pintar iPhone SE generasi kedua yang lebih anggun, unggul dan berteknologi tinggi dari generasi sebelumnya. Pastinya peminat gajet terkini tertanya-tanya apa keistimewaan terbaru telefon pintar iPhone SE terbaru ni, jom lihat spesifikasinya di bawah.

IKLAN

#1 Tiga Pilihan Warna Menggoda

Foto – Arkib Wanista

Telefon pintar iPhone SE generasi kedua ini hadir dengan tiga pilihan warna yang menggoda dan seksi seperti warna hitam, putih dan merah. Pemilihan warna-warna tegas seperti ini sering menjadi pilihan peminat gajet tempatan dan juga luar negara.

#2 Kapasiti Dinamik

Hantu gajet pastinya sangat menitikberatkan kapasiti dalaman sesebuah gajet dan penilaian ini adalah aspek penting buat pemburu gajet telefon pintar canggih. iPhone SE terbaru ini memiliki tiga jenis pilihan kapasiti simpanan dalaman iaitu:

  • Kapasiti simpanan 64GB
  • Kapasiti simpanan 128GB
  • Kapasiti simpanan 256GB

#3 Paparan Skrin Seluas 4.7  Inci & Ringan

Foto – GSM Arena

Siapa yang tidak suka telefon pintar yang canggih dan ringan bukan? Tambah-tambah pula keluaran skrin paparan yang memuaskan seluas 4.7 inci pastinya akan membuatkan pemburu gajet berpuas hati. Nak main permainan online comfirm puas dengan paparan skrin yang luas.

#4 Cip Bionik A13 Gempak

Foto – CNET

Tahu tak iPhone SE terbaru ni menggunakan cip Bionik A13 yang digunakan dalam iPhone 11 Pro tu. Serius pencipta iPhone kali ini tidak main-main, mereka mengambil langkah drastik menggunakan cip hi-tech ini ke dalam iPhone SE generasi kedua.

Pastinya persembahan telefon pintar iPhone terbaru ini lebih hebat dari generasi yang sebelumnya. Serius terbaiklah, memang jadi buruan pemburu gajet ni.

#5 Daya Ketahanan Unggul

Dalam penghasilan telefon pintar pastinya soal ketahanan sangat dititikberatkan, begitu juga fungsi ketahanan telefon iPhone SE generasi kedua ini.

Nampaknya soal ketahanan seperti kalis air dan debu tidak perlu dirisaukan ini kerana jika telefon ini terjatuh ke dalam air selama 30 minit dengan kedalaman air sehingga satu meter pun, tiada masalah. Telefon iPhone SE ini masih berfungsi dan beroperasi dengan baik seperti sedia kala, hebatnya.

IKLAN

#6 Fungsi Kamera Lebih Jitu 

Foto – Arkib Wanista

Seperti biasa fungsi kamera sangat di beri perhatian, lagi-lagi yang jenis kaki swafoto dan influencer sosial media. Oleh itu fungsi kamera sangat penting, ini spesifikasi kamera iPhone SE terbaru ini:

Kamera Belakang

  • 12 megapixel lebar kamera
  • 1.8 aperture
  • 5 kali kebolehan zoom
  • Pengawalan bokeh dan kedalaman gambar menerusi mod portrait
  • 6 elemen lensa kamera

Kamera Hadapan

  • 7 megapixel kamera hadapan
  • 2.2 aperture
  • Pengawalan bokeh dan kedalaman gambar menerusi mod portrait
  • Retina flash
  • 6 kesan pencahayaan (natural, studio, contour, stage, stage mono, high-key mono)

#7 Harga Berpatutan

Foto – Arkib Wanista

Agak-agak berapa harga telefon pintar iPhone SE terbaru ni? Sebenarnya harganya tidak mahal mana, sesuai dengan spesifikasi hebat yang ditawarkan untuk pencinta gajet. Harga iPhone SE terbaru ini dijual bermula dengan harga RM1,999. 

Untuk mengetahui mengenai iPhone SE terbaru ini dengan lebih lanjut, layari laman sesawang Apple [SINI] dan jangan ketinggalan untuk mengetahui maklumat terbaru iPhone hari ini.

Rujukan: 1