Kecantikan

Guna Bahan Terlarang, Jangan Beli 4 Produk Popular Ini!

Malisa Aina
/
suka menulis dan layan Netflix
Guna Bahan Terlarang, Jangan Beli 4 Produk Popular Ini!

Tak semua produk yang dipasarkan bagus dan benar-benar berkesan untuk anda. Walaupun mendapat rating serta claim yang hebat-hebat dari jenama, tapi percayalah ada diselitkan bahan-bahan toksik.

IKLAN

Bukan apa, sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kulit pasti tahu bagaimana takutnya rasa kalau nak cuba produk baru. Takut rasa tak sesuai dengan kulit. Lagi pula kalau yang ada masalah kulit sensitif sehingga ke acne-prone, kalau salah pakai produk terus kulit jadi merah, rasa terbakar, kering, flakery dan timbul breakout. Boleh stress satu badan.

Sebelum nak beli sesuatu produk, penting untuk kita mengetahui bahan yang terkandung. Selalulah memeriksa dan membaca kandungan yang ada di bahagian kotak pembungkus produk dan peka tentang bahan-bahan yang berikut, mana yang elok untuk kulit, mana bahan terlarang sehingga menghakis dan macam-macam lagi.

Wanista kongsikan 4 produk yang sangat ‘overrated’ hype-nya tetapi ia tidaklah hebat mana, malah dalam diam menggunakan bahan toksik.

Kylie Skin Walnut Face Scrub

Masih ingat akan kehangatan produk Kylie Jennier – Kylie Skin Walnut Face Scrub yang teruk kena kecam walhal ketika itu masih belum dipasarkan lagi. Kenapa? Kerana bahannya!

Menjadikan walnut sebagai ramuan utama untuk skrub wajah, ternyata ia memberi reputasi buruk pada Kylie kerana sifat walnut yang kasar dan keras dilaporkan tidak elok untuk kulit. Bukan itu sahaja, penggunaan setiap hari boleh merosakkan kulit serta timbulnya jerawat.

Kylie Skin Walnut Face Scrub

Dilaporkan ramai pengguna mengalami masalah kulit selepas menggunakan walnut sebagai pengelupasan. Walnut merengsa lapisan atas kulit, menjadikannya mudah terdedah kepada bakteria, yang kemudian menyebabkan masalah kulit yang lebih banyak, mulai dari meradang hingga jerawat.

Baca : Belum Lancar Tapi Produk Skincare Kylie Jenner “Kylie Skin” Dah Kena Cemuh

La Mer Moisturizing Soft Cream

Kenapa jangan beli? Alasan kukuh produk penjagaan wajah tak sepatutnya berharga mahal. Kalau anda lihat harga setiap satu produk La Mer, ada yang mencecah ribuan ringgit, mengarut sangat. Bahan apa yang diletak sampai begitu sekali harganya.

IKLAN

La Mer mempunyai kandungan bahan Mineral Oil (Paraffinum Liquidum), disebabkan itu ada yang guna merasa gatal dan merah-merah. Apa itu? Petroleum murah dan biasa (petrokimia minyak mentah halus) yang terdapat pada 98% produk penjagaan kulit yang dijual di USA.

La Mer Moisturizing Soft Cream

Risiko Kesihatan:

Petrokimia mengandungi neurotoksin yang merosakkan sistem saraf. Minyak mineral membentuk di permukaan kulit anda yang tidak dapat diserap, sehingga menyekat liang dan pernafasan semula jadi kulit. Ia memerangkap kotoran dan bakteria dan menyekat penyerapan vitamin/mineral/botani yang mungkin terdapat dalam produk.

John Hopkins University menamakan minyak mineral dalam kosmetik dan pelembap sebagai penyebab penuaan nombor dua (pertama adalah pendedahan langsung kepada cahaya matahari). Ia juga boleh menyebabkan reaksi alergi dan kekeringan, serta menyebabkan jerawat dan penyakit kulit yang lain.

Mario Badescu

Bukan satu tapi semua produk jenama Mario Badescu menempah nama buruk dalam dunia kecantikan. Kalau google, ada diselitkan kisah hitam jenama ini. Baiklah, kenapa ia tak bagus?

Ramai yang kecewa selepas menggunakan Mario Badescu. Kulit jadi kering, gatal, merah, menjengkelkan, dan menggelupas. Memandangkan ini adalah jenama yang mendakwa hanya menggunakan “bahan-bahan berasaskan botani yang ringan, lembut, segar”, tapi sebenarnya teruk.

Mario Badescu Drying Lotion

Pada tahun 2013, jenama tersebut dikenakan tindakan undang-undang kerana gagal mendedahkan kemasukan steriod jenis kuat dalam sekurang-kurangnya dua produk mereka. Steroid merupakan hormon semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia bertindak dengan mengawal fungsi badan. Steroid dikategorikan sebagai racun terkawal di mana pengambilannya adalah atas nasihat doktor. Steroid ada pelbagai jenis dan mempunyai kekuatan yang berbeza: mild (paling ringan), moderate (sederhana), potent (kuat) dan super potent (sangat kuat).

Di sinilah sapuan steroid dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan kulit nipis, sehingga membawa kepada mudah berlubang, membawa kepada jangkitan, penyakit, pertumbuhan kulat, ruam, kulit rasa terbakar, serta menggelupas. Lebih teruk lagi boleh menyebabkan masalah perubatan lain.

Fresh Rose Deep Hydration Facial Toner

Walhal ramai yang menyukainya tapi ternyata produk terlaris di Sephora ini mengandungi bahan terlarang. Penggunaan produk yang dicampur dengan bahan kimia boleh menyebabkan kesan sampingan serius kepada kesihatan pengguna.`

Fresh Rose Deep Hydration Facial Toner

Jika diperhati, Fresh Rose Toner mengandungi parfum (fragrance). Fragrance adalah pewangi atau pewarna yang dimasukkan pada produk untuk memberi warna atau wangian pada produk yang anda gunakan. Ia sebenarnya dimasukkan untuk memberi lebih keselesaan pada pengguna tetapi kadangkala kandungan dalam fragrance ini mungkin boleh memberi riaksi pada kulit dan menjadikan kulit anda bertambah sensitif.

Ingat sebelum nak beli sesuata produk, kenali bahan yang digunakan. Banyakkan membaca agar tak silap dan kulit tak binasa.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 12345