Hiburan

Demi Lovato Dah Tak Nak Kawan Dengan Selena Gomez Lagi

Malisa Aina
/
suka menulis dan layan Netflix
Demi Lovato Dah Tak Nak Kawan Dengan Selena Gomez Lagi

Krisis antara Demi Lovato dan Selena Gomez tak pernah ada kesudahan. Sekejap elok berkawan, sekejap seorang buat hal kerana cemburu (ura-ura Demi tak sukakan persahabatan Selena dengan Taylor Swift) dan macam-macam lagi kerenah yang bagaikan kanak-kanak.

IKLAN

Terkini, pelantun lagu Stone Cold, Demi Lovato mengesahkan dia sudah tidak lagi berkawan dengan Selena Gomez.

People grow apart! Walaupun Demi dan Selena sangat rapat ketika sama-sama bekerja dengan Barney dan Disney, tetapi persahabatan mereka sudah berakhir, itulah kata-kata Demi.

Foto – Disney

Bercakap pada Harper’s Bazaar untuk terbitan bulan May, Demi membuka pekung tentang persahabatan dia dan Selena yang on-again-off-again menjadi bualan para peminat.

Demi menjelaskan, “Bila anda membesar dengan seseorang, anda akan selalu menyayanginya. Tetapi saya tidak lagi berkawan dengannya, jadi rasanya…” Demi tidak menghabiskan ayatnya, tetapi jawapan itu jelas menunjukkan Demi tidak selesa untuk bercakap tentang hubungannya bersama Selena.

Foto – E! News

“I will always have love for her, and I wish everybody nothing but the best.”

Buat masa ini Selena Gomez tidak memberi sebarang komen tentang persahabatan mereka, tetapi berdasarkan apa yang dikatakan oleh Demi, ianya sudah berakhir.

Sayangkan… tapi mereka lebih mengetahui apa yang berlaku. Kita sebagai peminat hormatlah keputusan mereka.

RUJUKAN

IKLAN