Teknologi

Ketahui Sisi Gelap Aplikasi Zoom Sebelum Muat Turun

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Ketahui Sisi Gelap Aplikasi Zoom Sebelum Muat Turun

Baru-baru ini kecoh mengenai aplikasi Zoom di mana isu keselamatan siber hangat diperkatakan sehingga menyebabkan banyak akaun bank diceroboh masuk oleh penjenayah siber menerusi aplikasi popular ini.

IKLAN

Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai rakyat Malaysia melakukan kerja dari rumah dan rata-rata ramai yang menggunakan aplikasi untuk urusan bermesyuarat bersama rakan sekerja dan ada juga yang menggunakan aplikasi ini untuk berinteraksi bersama rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain.

Tetapi malang, aplikasi ini kini menjadi punca mengapa banyak akaun-akaun bank diceroboh masuk dan menyebabkan ramai yang kehilangan duit di dalam akaun bank tanpa disedari.

Ini antara kelemahan dan sisi negatif yang perlu rakyat tahu tentang aplikasi Zoom ini.

#1 Tidak Menawarkan End-To-End Encryption

Foto – HRS

Aplikasi Zoom tidak menawarkan end-to-end encryption yang merupakan sistem perlindungan maklumat menyeluruh. Aplikasi ini hanya menggunakan transport encryption yang merupakan sebuah protokol Transport Layer Security (TLS).

Yang mana sistem ini tidak membenarkan pihak luar mengakses maklumat pengguna tetapi ia boleh diakses oleh pekerja Zoom bagi mencuri data pengguna dan menggunakannya untuk kepentingan masing-masing.

#2 Password Zoom Mudah Diceroboh

Foto – INC

Bukan itu saja, penggodam juga mudah menceroboh password pengguna yang menggunakan aplikasi Zoom ini kerana tahap keselamatan yang rendah.

Dan ia membuatkan aplikasi ini menjadi lubuk penggodam bagi yang ingin melakukan kerja-kerja jahat mereka dengan menyeludup segala maklumat pengguna seperti butiran akaun wang simpanan dan rekod-rekod lain milik pengguna.

IKLAN

#3 Host Atau Admin Berisiko Terdedah Dengan Akses Luar

Aplikasi Zoom mengeluarkan fitur ‘Zoom Booming’ yang membolehkan pengguna untuk membuat kelas dalam talian dan berinteraksi bersama pengguna lain. Tetapi kelemahan fitur ini adalah, ia mendedahkan bahaya kepada host atau admin jika mereka membenarkan link akses kepada semua orang.

Untuk hal seperti ini, sepatutnya admin yang mengadakan ‘Zoom Booming’ ini mengawal link akses dan hanya membenarkan individu yang berkenaan sahaja untuk akses masuk ke dalam kumpulan.

Dan bukannya membuka link akses kepada semua orang yang boleh mengundang penggodam untuk masuk ke dalam ‘Zoom Booming’ kumpulan, yang kemudian mencuri segala data maklumat di dalamnya.

#4 Penggodam Mudah Ceroboh Masuk Suntik Kod Jahat

Foto – PYMNTS

Dek kerana tahap keselamatan yang rendah dalam aplikasi Zoom ini, membuatkan penggodam mudah untuk menceroboh masuk dan menyuntik kod jahat atau peranti virus bagi mencuri maklumat pengguna tanpa disedari. Ini termasuklah maklumat video rakaman, perbualan, kata laluan dan maklumat lain. 

Oleh itu, rakyat harus berhati-hati terhadap perbualan, rakaman dan segala data yang dikongsikan di dalam aplikasi ini. Kalau tidak bahana lain bakal mengundang diri.

Banyak lagi aplikasi lain yang boleh rakyat pilih bagi melakukan mesyuarat dan berinteraksi bersama rakan-rakan mahupun ahli keluarga. Antara aplikasi yang bagus dan memiliki sistem keselamatan yang tinggi adalah:

  • Google Hangouts
  • Facetime
  • Skype
  • Microsoft Team
Foto – Marketing Land

Berhati-hati dalam mana-mana penggunaan aplikasi dan jangan mudah link-kan akaun simpanan atau seumpamanya jika di minta oleh aplikasi yang di muat turun ke dalam telefon pintar.

Rujukan: 1, 2, 3, 4,