Kecantikan

5 Cara Aktres Son Ye Jin Jaga Muka Supaya Kekal Flawless

Malisa Aina
/
suka menulis dan layan Netflix
5 Cara Aktres Son Ye Jin Jaga Muka Supaya Kekal Flawless

Siapa masih lagi tak boleh move on dengan drama Crash Landing On You?

IKLAN

Baiklah, jika kamu peminat k-drama dari zaman tok kaduk lagi, mesti pernah melihat Son Ye Jin beraksi dalam drama Summer Scent, sebuah drama tragis bersama Song Seung Heon – tahun 2003 dahulu.

Percaya tak kalau Wanista beritahu Son Ye Jin sekarang dah 38 tahun. Tak mungkin… sebab dia nampak flawless dan awet muda di samping “glass skin” yang lembap dan bersih sepanjang hari. Sedap mata kita memandang.

Apa rahsia dia ye? Kata Son Ye Jin, dia tak percaya dengan trend k-beauty yang menggunakan lebih 8 langkah untuk menjaga muka.

DIY Topeng Muka Timun

Foto – Pinterest

Son Ye Jin mendedahkan bahawa dia membesar melihat ibunya amalkan topeng muka daripada timun yang dibuat sendiri. Topeng muka timun bagus untuk menenangkan serta melembapkan kulit muka, dan mengurangkan lingkaran gelap bawah mata dengan menyejukkan timun yang dihiris dan meletakkannya di atas mata.

Tidak Percaya Pada Rutin Penjagaan Kulit 10 Langkah

Ye Jin merasakan ia sangat mustahil dan merepek, dan lebih suka rutin penjagaan kulit yang tidak merumitkan.

Foto – City Girl Searching

“Saya rasa ia bergantung kepada jenis kulit seseorang… tetapi dalam kes saya, saya lebih suka sesuatu yang mudah, hanya dua hingga tiga langkah cukup,” jelasnya.

Gilakan Topeng Muka

Okay.. Orang Korea dan topeng muka memang tak boleh dipisahkan, dan Son Ye Jin tidak terkecuali. Kata Ye Jin, dia memakai topeng muka hampir setiap hari, terutamanya sebelum shooting untuk memastikan kulitnya berada pada keadaan terbaik.

IKLAN
Foto – The Seattle Times

“Topeng muka adalah salah satu item yang harus dibawa setiap kali ke luar negara. Saya mempunyai kulit berminyak, jadi memakai terlalu banyak produk tidak baik untuk kulit, oleh itu saya hanya guna produk jenis hydrating sahaja,” katanya.

Sangat Teliti Tentang Cleansing

Kita semua cenderung menjadi malas untuk membuag mekap selepas seharian tapi tidak pada Ye Jin. Dia nempunyai kulit berminyak, jadi sangat berdisiplin apabila membersihkan wajahnya. 

“Saya pernah mendengar bahawa tidak baik untuk mencuci wajah dengan pembersih pada waktu pagi, jadi saya akan membilas kulit dengan air. Tetapi saya menyedari bahawa kulit saya berminyak, jadi saya perlu membersihkan setiap pagi sebaiknya.

Foto – Dermstore

“Walaupun adakala jadual saya berakhir sehingga lewat malam, saya tetap akan membersihkan wajah. Saya meletakkan penjagaan tambahan ketika pembersihan,” kata Ye Jin lagi.

Minum Air & Makan Buah

“Anda perlu minum banyak air. Ia tidak muda tetapi seseorang perlu minum dua hingga tiga liter air setiap hari. Anda juga perlu tidur secukupnya, tapi ia tidak mudah sama sekali memandangkan kekangan jadual.

“Saya biasanya memiliki jadual yang padat dan kurang tidur ketika shooting, jadi saya berusaha minum banyak air dan makan banyak buah,” katanya.

Giphy

Selamat Beramal!

RUJUKAN