Pernah makan roti kerca tak? Kalau tak pernah jom cuba masak resepi roti kerca stail penyanyi tersohor tanah air Dato Siti Nurhaliza! Serius terliur tengok resepi masakan penyanyi bersuara lunak ni. Tak percaya kena cuba dulu!
Jom tengok bahan-bahan dan cara membuat roti kerca ni di bawah!
Bahan-bahan untuk buat roti kerca
- Tepung gandum 500 gram
- Telur 3 biji
- Air
- Garam
- Minyak sapi ghee
Cara masak roti kerca
- Masukan tepung gandum, telur, garam dan air ke dalam mangkuk, gaul bahan-bahan sehingga sebati. Pastikan bancuhan tepung cair sama macam buat lempeng. (Kalau nak senang blender je semua bahan-bahan)
- Kemudian panaskan kuali leper, sapu minyak sapi ke atas kuali tersebut dan masukan satu senduk bancuhan tepung ke atas kuali leper tersebut.
- Siap masak roti tersebut, roll kan roti tersebut seperti roti gulung dan potong serong-serong. Siap!
Bahan-bahan untuk buat kuah roti kerca
- Minyak masak
- Daun kari
- Kayu manis
- Buah pelaga
- Bunga lawang
- Bawang merah 10 biji (blender halus)
- Bawang putih 4 biji (blender halur)
- Halia 4 inci (blender halus)
- Rempah kari daging
- Air
- Daging Cincang
- 1 Kiub ayam knorr
- Santan (perahan pertama dan perahan kedua)
- Tomato puri 4 sudu
- Daun bawang
- Bawang merah goreng
- garam
Cara buat kuah roti kerca
- Tumis bahan-bahan blender bersama daun kari, kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis sampai naik bau, macam nak masak kari tu.
- Kemudian masukan bancuhan rempah kari bersama 3 sudu air ke dalam kuali. Tumis sampai kering masak betul-betul dan tengok ada kerak-kerak sedikit.
- Selepas itu, masukan daging cincang, satu kuib ayam knorr dan juga air santan perahan pertama (yang pekat tu). Gaul rata.
- Kemudian masukan tomato puri 4 sudu dan tambahkan santan perahan kedua, sambil tu masukan garam (rasa ikut sesedap rasa). Gaul rata dan kacau sehingga masak. Siap!
Serius ringkas je sebenarnya nak buat roti kerca ni, dah siap hidang dalam pinggan dan tabur daun bawang yang di hiris dan bawang goreng. Perghh! Memang terliur.
Selamat mencuba♥