Info Menarik

Info! 10 Cara Warna Boleh Mempengaruhi Hidup Kamu

Malisa Aina
/
suka menulis dan layan Netflix
Info! 10 Cara Warna Boleh Mempengaruhi Hidup Kamu

Satu kajian mencadangkan bahawa 90% keputusan yang dibuat oleh orang adalah berdasarkan pada warna objek tersebut. Malah, kita juga boleh mengawal emosi kita dengan melihat pada spesifik warna. Sebagai contoh, jika kamu lebih ke arah warna hitam, berkemungkinan kamu seorang yang misteri dan perahsia.

IKLAN

Oren

Ia boleh memberi tenaga dan merangsang kamu apabila melibatkan aktiviti fizikal. Ia mempromosikan perasaan optimis dan keberanian, sehingga anda dapat menakluki peluang-peluang baru. Oren sering dikaitkan dengan kreativiti dan keseronokan.

Foto – Reader’s Digest

Biru

Ia membawa kepada keselesaan dan kedamaian. Hal ini kerana kita cenderung untuk mengaitkan biru dengan air dan langit, yang merupakan simbol kebebasan dan ketenangan.

Foto – Pinterest

Hijau

Oleh kerana hijau adalah warna kehidupan, ia juga dikaitkan dengan emosi keseimbangan, keselamatan dan kestabilan. Hijau juga boleh memberi inspirasi kepada kesejahteraan dan tenaga.

Foto – Wallpaper

Ungu

Ungu dipercayai memberi keseimbangan mental, kestabilan dan warna rohani. Ungu juga digunakan sebagai warna kegemaran diraja, kerana sering dikaitkan dengan kemewahan.

Foto – Koreaboo

Merah

Merah adalah warna kuasa, semangat dan tenaga. Ia memotivasi dan memberi tenaga kepada kamu untuk tindakan serta-merta. Tapi sayangnya warna ini tidak disukai oleh introvert kerana menonjol atau dalam situasi yang memerlukan keamanan dan ketenangan.

Foto – Pinterest

Kuning

Kuning menginspirasi kegembiraan, positif dan keseronokan. Tetapi ia juga warna kesedaran, tanpa rasa bimbang atau ketakutan.

Foto – Roses

Putih

Putih adalah warna kesucian. Ia membawa rasa aman, harapan, bersih dan permulaan yang baru.

IKLAN
Foto – Decoholic

Merah Jambu

Merah jambu mewakili rasa romantik, kehangatan dan feminin. Malah, ia juga cenderung dikaitkan dengan perasaan ceria dan comel, disebabkan itu sering digunakan pada produk kanak-kanak dan remaja perempuan.

Foto – Flickr

Coklat

Coklat adalah semula jadi, down-to-earth dan keselesaan. Ia memberikan kita perasaan kestabilan dan kepercayaan, sebab itulah ia warna yang dapat membuat kita merasa nyaman di rumah di mana saja.

Foto – Very Well

Hitam

Hitam memberikan rasa keselamatan dan perlindungan emosi. Malah, sifatnya yang misteri sempurna untuk menyembunyikan perasaan.

Foto – WhoWhatWear

Apa warna kegemaran anda?