Berita & Isu Semasa

150 Kerabat Diraja Arab Saudi Positif Covid-19

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
150 Kerabat Diraja Arab Saudi Positif Covid-19

Di Arab Saudi sehingga 150 ahli keluarga kerabat diraja sah dijangkiti coronavirus (Covid-19), berita ini telah dilaporkan Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman kedua-duanya telah dikuarantin bagi mencegah dijangkiti penularan ini dari ahli keluarga mereka.

IKLAN

Doktor elit dari King Faisal Specialist Hospital di Riyadh yang memberi rawatan kepada ahli kerabat diraja Arab Saudi ini, telah menyediakan lebih 500 katil untuk pesakit yang dijangkiti.

Foto – Middle East Eye

Pihak hospital Arab Saudi telah mengeluarkan tanda kecemasan tinggi menerusi alat elektronik pada hari Selasa lalu kepada doktor senior berikutan kes penularan Covid-19 di negara mereka. Meski mesej dan tanda kecemasan yang dikeluarkan tidak memberitahu berapa banyak kes mereka (pihak perubatan) terima, tetapi arahan telah dikeluarkan agar kesemua pesakit kronik di keluarkan secepat mungkin dari hospital dan hanya kes kecemasan yang penting akan diterima masuk untuk di rawat.

Foto – Business Insider

Kesemua kakitangan yang dijangkiti wabak maut ini di rawat di hospital yang kurang elit, supaya ruang di hospital elit boleh digunakan untuk merawat keluarga diraja.

Raja Salman yang berusia 84 tahun telah dikuarantin di istana berdekatan Jeddah, manakala putera mahkota Mohammed bin Salman telah dikuarantin di sekitar pantai Laut Merah.

Menurut Daily Mail, jumlah ahli kerabat diraja Arab Saudi sekitar 15,000 orang dan kebanyakkan mereka telah mengembara di sekitar eropah dan berkemungkinan telah dijangkiti virus berkenaan semasa melancong sebelum pulang ke Arab Saudi.

Foto – Al Jazeera

Putera Arab Saudi Faisal bin Bandar bin Abdulaziz Al Saud yang juga merupakan gabenor bagi bandar Riyadh telah dimasukkan kedalam unit rawatan rapi (ICU) selepas dijangkiti wabak berkenaan.

Kini di Arab Saudi, terdapat 2,932 kes telah dijangkiti Covid-19 dan 41 kematian dicatatkan. Difahamkan Arab Saudi bakal menerima lebih 200,000 kes dalam tempoh seminggu ini, menurut menteri kesihatan Arab Saudi. Kini Arab Saudi telah menutup kesemua bandar-bandar seperti Mekah dan Madinah akibat penularan Covid-19.

Rujukan

IKLAN