Muncul lagi resepi baru.
Kali ini dari negara matahari terbit, Jepun pula. Resepi agar-agar versi Jepun yang serius cantik dan aesthetic. Agar-agar cantik penuh sempurna ini mendapat perhatian sehingga tular di media sosial.
Dibuat oleh pengguna Twitter Tsunekawa boleh dilakukan dalam masa setengah jam atau lebih dan hanya memerlukan lima bahan sahaja. Serius mudah!
Ini cara membuat agar-agar jernih di bawah dan warna-warni di atas.
- Kanten (agar powder)
- Air
- Gula Pasir
- Susu
- Air Sirap (atau jus buah)
Langkah-langkah menyediakan
#1 Dalam periuk, gabungkan 4 gram (0.14 auns) serbuk agar, 150 ml (5.07 auns) air, dan 60 gram (2.12 auns) gula pasir. Panaskan periuk di atas dapur sehingga kandungannya mendidih, kemudian matikan api.
#2 Kacau susu 300 ml (10.14 auns) ke dalam campuran. Letakkan campuran di dalam peti sejuk untuk keraskan.
#3 Dalam periuk yang berasingan, ulangi #1
#4 Aduk tambahan 300 mililiter (10.14 auns) air ke dalam periuk kedua, tambah 20 mililiter (0.68 auns) ais sirap, lebih cerah warna lebih baik. Sekali lagi, masukkan campuran di dalam peti sejuk untuk sejukkan.
#5 Pilihan – Ulangi langkah #3 dan #4 untuk sebarang warna tambahan yang anda mahu.
#6 Setelah semuanya dibekukan dengan baik (yang sepatutnya mengambil kira-kira 30 minit atau lebih), ambil campuran dari peti sejuk. Potong agar-agar berwarna-warni ke dalam kiub kecil dan susun di atas gelatin susu putih.
Makan masa sejuk, memang sedap.