Kesihatan

Jika Kamu Dijangkiti Covid-19, Ini Yang Akan Berlaku Pada Tubuh

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Jika Kamu Dijangkiti Covid-19, Ini Yang Akan Berlaku Pada Tubuh

Sekarang satu dunia berdepan dengan pandemik Coronavirus (Covid-19). Mereka yang dijangkiti juga telah melebihi puluhan ribu orang dan lebih daripada 5,000 individu telah menemui maut. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenal pasti wabak ini sebagai satu ancaman terbesar di seluruh dunia.

Tapi mengapa penyakit ini sangat menakutkan? Apa yang terjadi kepada badan anda apabila dijangkiti Covid-19?

Baiklah, dilaporkan oleh Hello Doktor, ini yang Wanista dapat simpulkan.

IKLAN

Serangan ke atas paru-paru

Memandangkan virus Covid-19 adalah satu serangan pada sistem penafasan, maka bahagian pertama yang terjejas ialah paru-paru. Individu yang dijangkiti Covid-19 akan memiliki virus dalam titisan cecair badan mereka. Ketika mereka bersin atau batuk, ia boleh menjangkiti individu yang lain pula melalui titisan air liur.

Foto – Sinar Harian

Simptom-simptom jika anda dijangkiti Covid-19 ini ialah selesema, batuk atau demam. Jadi, boleh menyebabkan masalah kepada sistem pernafasan dan menyebabkan keradangan pada paru-paru. Jangkitan ini boleh disedari seawal 2 hingga 14 hari selepas bermulanya jangkitan.

Menyerang saluran gastrousus

Kesan serangan virus Covid-19 ini bukan sahaja berlaku di dalam paru-paru. Ia juga menyerang saluran pencernaan anda. Antara kesan yang boleh disebabkan oleh virus ini ialah kekejangan abdomen, sembelit dan juga cirit-birit.

Foto – Approby.com

Biasanya virus akan menyebabkan cirit-birit yang menjejaskan dinding usus dan menyebabkan kebocoran cecair.

Serangan ke atas hati

Jangkitan ini akan menyerang sel hati atau memusnahkannya atau menyebabkan keradangan melalui sistem imun yang berlebihan. Hati boleh pulih dengan cepat jika berlakunya kerosakan yang normal, namun jika serangan yang berlaku itu terjadi secara berulang-ulang, sel-sel hati yang baharu tidak dapat tumbuh semula dengan cepat lalu menyebabkan hati menjadi rosak.

Foto – Sinar Harian

Buah pinggang

Dilaporkan 6% daripada kematian mereka yang dijangkiti Covid-19 adalah akibat daripada kerosakan buah pinggang.

Walaupun kerosakan terhadap buah pinggang ini jarang berlaku, namun ginjal cenderung untuk mengalami kerosakan apabila jangkitan coronavirus bermula. Kerosakan yang berlaku pada buah pinggang disebabkan oleh kedua-dua serangan virus dan juga sistem imun.

IKLAN
Foto – Creaky Joints

Dah tahukan? Jadi sama-sama kita menjaga kesihatan dengan lebih baik lagi. Jaga jarak sosial, cuci tangan dengan betul, dan ambil pemakanan sihat. Virus ini bukan sahaja menyerang paru-paru anda, tetapi ia juga menyerang buah pinggang, saluran darah, dan lain-lain.

#StayHome #StaySafe