Berita & Isu Semasa

Ngeri Tengok Rupa Gamers 20 Tahun Akan Datang!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Ngeri Tengok Rupa Gamers 20 Tahun Akan Datang!

Ekoran penularan wabak coronavirus (Covid-19) di seluruh dunia, banyak negara-negara yang terjejas teruk akibat penularan ini melakukan perintah berkurung (lockdown) dan ada juga negara yang mengamalkan perintah kawalan pergerakan (partial lockdown) seperti negara kita.

IKLAN

Apabila perintah-perintah sebegini dikeluarkan, segala urusan dilakukan di rumah atau di mana kita berada ketika ini. Rata-rata ramai yang menghabiskan masa dengan bermain permainan dalam talian (online), bagi mengisi masa sepanjang hari.

Pastinya pemain permainan dalam talian tegar (expert gamers) lebih cenderung menghabiskan masa dengan bermain permainan video kegemaran masing-masing. Tetapi apa yang dibimbangkan adalah, gaya hidup pemain ini akan mendatangkan kesan buruk dalam jangka masa panjang.

Penyelidik daripada OnlineCasino.ca membuat kajian terhadap potensi kesan gaya hidup pemain jika bermain permainan terlalu lama. Menerusi kajian yang dilakukan, penyelidik menghasilkan patung model pemain yang di beri nama ‘Michael’.

Foto – OnlineCasino.ca via Daily Mail (Model gamers virtual, Michael)

Micheal Tunjuk Potensi Jika Bermain Permainan Terlalu Lama!

‘Digital Eye Strain’ Atau Mata Menjadi Merah

Akibat tekanan cahaya yang terkumpul bertahun-tahun pada mata akan menyebabkan mata menjadi merah kerana saluran darah dalam mata bocor. Selain itu, ia juga akan membuatkan rambut, kulit dan tengkorak menjadi tertekan.

Jika pemain memakai headsets ketika bermain permainan selama 20 tahun, ia boleh menyebabkan ‘deformation’ (perubahan bentuk) pada pemain.

‘PlayStation Thumb’ & Kuku Jari Menjadi Melecet

Penyakit kuku yang disebabkan trauma yang berulang seperti menekan papan kekunci atau konsol akan menyebabkan kuku jari menjadi longgar. Dengan pergerakan yang berulang kali ia akan menyebabkan rasa sakit kerana otot menjadi tegang dan kuku jari menjadi melecet kerana pergerakan berulang kali tersebut.

IKLAN

‘Nintendo Arthritis’

Ini pula sejenis penyakit baru akibat kecederaan berulang yang disebabkan oleh ulser dan tisu yang keras pada jari. Ini berlaku kerana saraf kunci saling berkait dan ianya tidak boleh dibetulkan hatta dengan pembedahan sekalipun.

Foto – via Daily Mail/Arkib Wanista

Trigger Finger Atau ‘Gamers Thumb’

Merupakan terma yang digunakan apabila tisu tendon pada ibu jari dan jari cincin menjadi tegang dalam tempoh masa yang lama. Apabila ini berlaku pemain akan mengalami rasa sakit, pergerakan jari menjadi terhad dan deria sentuh juga terjejas serta menyukarkan jari untuk bengkok.

‘Carpal Tunner Syndrome’

Disebabkan pergerakan berulang kali dan terlebih guna papan kekunci dan tetikus komputer. Ini akan menyebabkan saraf menjadi tertekan dan tapak tangan menjadi lemah.

Selain itu, ia juga akan menyebabkan jari berasa seperti terbakar, lengan dan bahu menjadi sakit. Jika penyakit ini tidak di rawat, ia akan menyebabkan berlakunya tumor pada pergelangan tangan dan kebas.

Ekzema

Bermain permainan terlalu lama juga boleh menyebabkan ekzema kerana tubuh kekurangan makanan, udara segar dan tubuh menjadi tertekan.

Semasa bermain permainan yang terlalu mencabar, ia akan menyebabkan tubuh menjadi tertekan lalu mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai ‘cortisol’ yang mana ia akan menyebabkan berlaku keradangan dan ekzema.

Kulit Menjadi Pucat

Gara-gara terlalu lama bermain permainan di rumah, tubuh pemain menjadi kekurangan vitamin D dan B-12 akibat kekurangan penyerapan cahaya matahari.

Selain itu, dek kerana sibuk bermain permainan, individu tersebut akan banyak menghabiskan masa dengan memakan makanan tidak sihat dan boleh menyebabkan kulit menjadi pucat. Ini juga menunjukan petanda bahawa tubuh kekurangan vitamin B-12 untuk menghasilkan sel darah merah.

Foto – via Daily Mail/Arkib Wanista

Obesiti

Terlalu asyik dengan bermain permainan, pastinya gaya pemakanan juga di ambil sekadar ala kadar sahaja. Jadi mana nutrisi yang sepatutnya diperlukan untuk tubuh? Jawapannya, tiada.

Pemain lebih gemar menghabiskan makanan ringan yang tidak sihat sambil bermain permainan mereka, daripada memasak makanan yang menyihatkan.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah tubuh menjadi obesiti kerana terlalu banyak makan makanan ringan yang kaya dengan jumlah kalori yang banyak!

Elak Menjadi Seperti Micheal!

  • Lakukan Senaman Dan Renggangan Sepanjang Masa
  • ย Elakkan Mata Menjadi Terlalu Letih
  • Amalkan Menu Pemakanan Yang Sihat
  • Duduk Dengan Betul
  • Sentiasa Pastikan Tubuh Kekal Hidrat
Foto – via Daily Mail/Arkib Wanista

Meski kita semua ketika ini banyak menghabiskan masa di rumah dengan bermain permainan video dalam talian, jangan terlalu keterlaluan. Ambil masa untuk berehat seketika dan lakukan aktiviti lain di rumah, kalau kamu tidak mahu menjadi seperti Michael untuk tempoh 20 tahun akan datang, ikuti gaya hidup yang sihat!

Rujukan