Hari ini nama aktor Korea So Ji Sub trending di media sosial. Hal ini berikutan berita dia sudah selamat menjadi suami kepada kekasih hati Jo Eun Jung.
Khabar menggembirakan itu diumumkan sendiri oleh agensi So Ji Sub, 51K.
“Merupakan kehendak So Ji Sub dan Jo Eun Jung sendiri ingin mengadakan perkahwinan secara tertutup dengan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.
Pasangan ini juga mendermakan 50 juta won kepada Good Neighbours dan menyediakan tablet serta peranti pintar kepada kanak-kanak yang kurang mendapat sokongan pendidikan.
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang menyayangi dan menyokong So Ji Sub, dan kerana status pasangan yang bukan selebriti, kami tidak dapat mendedahkan butiran mengenai perkahwinan mereka.
Jasa baik dan pemahaman anda sangatlah dihargai.”
Biarpun jarak usia So Ji Sub, 45, dan Jo Eun Jung, 25, adalah 17 tahun namun itu tidak menghalang untuk mereka bercinta. So Ji Sub pertama kali bertemu dengan kekasihnya ketika mempromosikan filem lakonannya Be With You pada Mac tahun lalu.
This is so obvious So Ji Sub is smitten with the announcer that he even ignored YeJin. The focus is on the girl he fallen for m he becomes bubbly with her. Does it remind us of someone? pic.twitter.com/HGrJeYN5bT
— Tash Kim | Queen Of Tears (@writer_liltash) April 7, 2020
Ketika itu, Jo Eun Jung merupakan wartawan siaran untuk program SBS iaitu One Night of Entertainment. Selepas pertemuan pertama itu, mereka sekali lagi bertemu secara kebetulan dan hubungan itu berterusan.
Comelnya momen mereka berdua. Tahniah Wanista ucapkan kepada So Ji Sub dan isteri. Semoga bahagia hingga ke anak cucu.