Perintah kawalan pergerakan menghadkan aktiviti kita semua.
Jadi bagi meringankan beban segelintir umat lagi-lagi pada warga emas, Vit’s jenama pengilang mee segera dan mee kering dari tahun 1975 ingin menghulurkan bantuan.
Mereka sedang mencari golongan warga emas yang perlukan bantuan makanan. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah jika atau sekiranya anda mengenali jiran, sekampung atau sesiapa yang mempunyai kriteria di bawah, mohon kongsikan kepada pihak Vit’s.
- Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas
- Tinggal bersendirian tanpa anak-anak yang bekerja
- Tanpa sumber rezeki
- Kekangan untuk bergerak di sebabkan perintah berkurung
Anda boleh menghubungi Vit’s melalui Whatspp di nombor hotline 012 563 7098.
Sama-sama kita bantu meringankan beban mereka ye.