Doktor dari Korea bagi tips macam mana nak hilangkan whiteheads dengan hanya menggunakan vaseline je! Tapi macam mana pula nak hilangkan blackheads, vaseline tak boleh ke? Kalau tahu kena tengok eksperimen yang doktor Judy ni buat.
Nampak menarik bukan, tapi macam mana caranya tu? Doktor Judy yang merupakan seorang doktor dermatologi di Korea akan menunjukan cara buang whiteheads dan blackheads dengan berkesan, nak tahu kena baca artikel sampai habis!
Vaseline Nose Pack Hilangkan Whiteheads!
Vaseline berkesan menanggalkan whiteheads? Nak tahu berkesan atau tidak, kena cuba langkah-langkah di bawah.
- Sapu vaseline pada hidung, pastikan keseluruhan hidung dilitupi dengan vaseline dan sapu rata.
- Setelah itu tutup hidung dengan plastik wrapping.
- Kemudian letakkan tuala panas di atas plastik wrapping tersebut, biarkan selama 5 minit atau lebih.
- Selepas itu, tanggalkan tuala panas dan plastik wrapping di hidung. Kemudian bersihkan hidung menggunakan tisu, lap sehingga bersih.
- Dan akhir sekali, bersihkan muka dengan menggunakan air sejuk!
- Lakukan cara ini dua kali seminggu untuk hilangkan whiteheads degil ni.
Hilangkan Blackhead Guna Produk Yang Ada BHA!
Meskipun vaseline tak dapat hilangkan blackheads yang tertanam dalam liang pori, tetapi ia boleh digunakan untuk menghilangkan whiteheads yang berada di permukaan kulit wajah dengan selamat dan mudah.
Jadi macam mana pula nak hilangkan blackheads ni? Doktor Judy sarankan gunakan produk pembersih yang mengandungi BHA yang merupakan fat-soluble yang mudah cair ke dalam minyak dengan mudah.
Ia dapat masuk ke dalam liang pori dan dapat menanggalkan blackheads dengan berkesan. Walaubagaimanapun, BHA ini juga boleh menyebabkan kulit menjadi iritasi terutama bagi yang memiliki kulit jenis sensitif.
Oleh itu, kamu perlu mencari produk yang mengandungi tahap BHA yang ringan dan tidak mengandungi pewangi seperti (yang disarankan oleh doktor Judy):
- La Roche
- ZEROID
- CeraVe
Tips gunakan produk mengandungi BHA
- Gunakan produk mengandungi BHA ini seminggu sekali bagi individu yang memiliki kulit jenis sensitif.
- Jika kamu memiliki kulit biasa, maka produk tersebut boleh digunakan dua kali seminggu.
- Dengan menggunakan produk yang betul, blackheads pasti boleh hilang!
Meskipun vaseline boleh hilangkan whitehead sahaja, ia mudah dan selamat untuk digunakan. Malah harganya juga murah dan mudah didapati di mana-mana sahaja serta saiznya juga kecil jadi memang terbaik sangat untuk di bawa ke mana-mana sahaja.
Bagi yang nak hilangkan blackheads dan whiteheads, kamu boleh cuba cara-cara di atas untuk hilangkannya. Selamat mencuba!