Bahana menipu sejarah perjalanan menyebabkan 37 orang positif dijangkiti Covid-19 termasuk lima yang telah meninggal dunia dan satu kes kirtikal yang memerlukan bantuan pernafasan. Kes kluster ini melibatkan jangkitan sehingga ketiga di Kuching, Sarawak.
Pengumuman yang di buat oleh Dr Noor Hisyam pada 5 April baru-baru ini mengenai kes kluster Itali ini mengejutkan ramai orang. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah berulang kali memberi pesan agar jangan menipu sejarah perjalanan ke luar negara, kerana seorang boleh menyebabkan individu lain menjadi mangsa wabak pandemik ini.
Terdapat satu kluster daripada kes positif yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali (kes 1,580).
Setakat ini, 37 orang disahkan positif daripada kluster itu termasuk 5 kematian (kes 1031, 1032, 1006, 2850 dan 2210) serta satu kes kritikal yg memerlukan bantuan pernafasan.
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) April 5, 2020
Lebih dari 180 telah terjejas teruk akibat penularan Covid-19 di seluruh dunia dan bagi mereka yang pulang dari melancong mempunyai risiko tinggi menjadi kes kluster (pembawa) wabak maut ini. Oleh kerana itu, kejujuran dan ketelusan mengenai sejarah perjalanan agar perkara seperti ini tidak berlaku.
Tetapi malang, masih ada lagi yang bersikap mementingkan diri dan akhirnya menyebabkan nyawa insan lain menjadi taruhan akibat ketidakjujuran diri sendiri.
Netizen Mahu Kluster Itali Di Saman
Ikut Guideline KKM, JUJUR!
1. Mempunyai kontak rapat dgn kes positif COVID-19.
2. Sejarah perjalanan ke luar negara atau
3. Kehadiran ke perhimpunan yang telah diumumkan KKM sebagai berkait rapat dgn penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. – Ketua Pengarah Kesihatan @DGHisham— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) April 5, 2020
Tak guna usaha keras kerajaan dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia membuat pesanan setiap hari di saluran media, tetapi masih ada lagi yang degil dan bersikap pentingkan seperti ini.
Jujur adalah sikap yang diperlukan oleh semua pihak pada ketika ini, kerana jangkitan Covid-19 ini tidak mengenal siapapun mangsanya.
#JUJUR #KKM #StaySafe #StayAtHome #DudukRumah
Rujukan: 1,