Kecantikan

Wajah Gebu Semalaman Guna F-Balm Drunk Elephant Je!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Wajah Gebu Semalaman Guna F-Balm Drunk Elephant Je!

Nak wajah gebu gebas bak kapas, senang je. Guna F-Balm Electrolyte Waterfacial dari jenama Drunk Elephant ni comfirm wajah jadi gebu dan kekal lembap pada keesokan pagi! F-Balm ini umpama topeng muka yang dapat mengekalkan kelembapan serta menguatkan kulit wajah dengan cecair asid electrolyte.

IKLAN

F-Balm ini dihasilkan menggunakan ramuan khas seperti niacinamide, sodium PCA, tumbuhan squalane, lima jenis ceramides, lemak asid omega dan kaya dengan antioksiden yang kuat.

Kesemua ramuan ini merupakan ubat mujarab bagi mengekalkan kelembapan kulit wajah, disamping menjadikan kulit lembut dan gebu bak kapas pada keesokan pagi.

Foto – Sephora

Dengan menggunakan F-Balm ini pada waktu malam setiap hari, ia akan memulihkan tona kulit yang tidak sekata dan juga tektur kulit.

Tips Wajah Gebu & Kekal Lembap!

  • Guna F-Balm 4-5 pumps sebelum tidur dan sebagai langkah terakhir rutin penjagaan wajah pada waktu malam.
  • Jika kamu ingin wajah menjadi lebih lembap pada keesokan pagi, kamu boleh sapukan minyak Virgin Marula sebagai extra. Biarkan semalaman.
  • Untuk tambahan, kamu juga boleh gunakan TLC Framboos untuk dapatkan wajah lembut dan dalam masa yang sama mengelupaskan kimia yang terdapat pada kulit semasa kamu tidur!
Foto – Sephora

Kini F-Balm Electrolyte Waterfacial ini di jual secara eksklusif di Sephora, hanyanya pula cukup berpatutan dengan kesan yang terbaik untuk kulit wajah! Layari laman sesawang SEPHORA untuk dapatkan produk Drunk Elephant ini.