Kamu membuat pembelian secara atas talian, tapi kenapa masih tidak diterima? Mungkin rumah kamu berada dalam kawasan ‘Red Zone’.
Menurut beberapa posting di media sosial, syarikat delivery kini tidak boleh menghantar barang kalau kamu berada dalam kawasan ‘Red Zone’.
Syarikat penghantaran J&T Express mengeluarkan beberapa maklumat berkaitan dengan keadaan penghantaran ke zon merah, mendedahkan bahawa mereka tidak akan melakukan sebarang penghantaran ke alamat poskod berkenaan. Nota tulisan tangan menunjukkan kawasan zon merah yang terjejas di Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan penghantaran ke kawasan-kawasan ini.
J&T dah tak hantar parcel ke poskod ni 😱 pic.twitter.com/38zIflEu8i
— Adila Farhana (@adilafarhanaali) April 4, 2020
Sila semak alamat poskod seperti berikut. Jika anda berada atau tinggal di kawasan berdekatan, ambil perhatian!
Terkini, malumat yang tular tidak sepnuhnya tepat kerana J&T Express masih akan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke kawasan zon merah, tapi akan berlaku kelewatan daripada biasa.
Bagi mengelak salah faham dan kekliruan, J&T Express mengeluarkan satu posting di Facebook. Baca kenyataan penuh di bawah:
Untuk pertanyaan lanjut tentang khidmat penghantaran, klik di sini.