Penularan Covid-19 di Iran menjadi semakin teruk saban hari, kini angka jumlah keseluruhan kes jangkitan di Iran mencecah 58,226 orang dengan jumlah kematian sebanyak 3,603 orang. Lebih menyedihkan menurut pegawai rasmi Iran, lebih kurang enam orang meninggal dunia di Iran kerana dijangkiti wabak maut ini.
Kini Iran telah menjadi salah satu pusat penularan wabak coronavirus terbesar di dunia, melihat jumlah kes yang meningkat saban hari menyebabkan kerajaan Iran di kritik di mata dunia.
Tambahan lagi, Qom merupakan salah satu bandar yang paling teruk terjejas dijangkiti wabak maut dengan jumlah kes jangkiti yang banyak dan mendadak.
Bukan Kerajaan Iran Tak Bertindak Pantas, Tetapi USA Sekat Bantuan!
Menurut pakar penganalisis politik Iran Mohammad Marandi mendakwa kerajaan Iran telah bertindak pantas sejurus kes pertama jangkitan ditemui. Iran mula mendapat kit saringan pada 17 Februari dan 19 Februari, sejak dari itu kerajaan Iran bertungkus-lumus melawan penularan Covid-19 di negara mereka.
Meskipun kerajaan Iran telah menangani penularan Covid-19 sejak kes pertama ditemui, tetapi kerajaan Iran tidak mengetahui sejauh mana skop penularan ini akan merebak.
Tambahan lagi dengan barang peralatan seperti perubatan dan kit saringan sukar diperolehi gara-gara tekanan dan sekatan yang dilakukan oleh kerajaan USA.
Antara sekatan yang dilakukan oleh kerajaan USA ke atas Iran:
- Sekatan mendapatkan bekalan kit saringan dan perubatan
- Sekatan mendapatkan bantuan perbankan
- Sekatan membeli produk dari syarikat farmasi dan meletakkan syarat yang berbeza pada syarikat farmasi di seluruh dunia
Iran Tangani Covid-19 Dengan Cara Sendiri, Meski Disekat Bantuan
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pakar dari Institut Robert Koch dari German bersama pakar perubatan dari China menghulur bantuan kepada Iran.
Pada awal di Iran hanya memiliki 22 makmal ujian dan selepas penambahbaikan yang dibawa oleh pakar-pakar ini, kini Iran memiliki 44 makmal ujian.
Meski Iran serba kekurangan baik dari segi jumlah kit saringan dan peralatan perubatan, tetapi kerajaan Iran belajar untuk menggunakan apa yang ada untuk menangani penularan Covid-19 di negara mereka. Salah satunya adalah dengan menggunakan semua elemen yang ada untuk menangani krisis getir ini.
Antara yang kerajaan Iran lakukan adalah:
- Kordinasi yang baik antara agensi kerajaan dan badan bukan berkanun
- Mengerah tenaga ketenteraan dengan skop yang besar
- Menghasilkan sendiri produk peralatan perlindungan diri
Kerajaan Iran menyeru pemimpin dunia di seluruh negara untuk bangkit dan bantu Iran melawan serta menuntut keadilan terhadap sekatan kejam yang dilaksanakan oleh kerajaan USA ke atas negaranya.
Ini bukan masa untuk pergelutan politik dunia, dalam masa pandemik ini seluruh negara harus bersatu untuk menangani virus maut ini.