Review - Filem

[ Pilihan Wanista ] 8 Filem Romantik “Underrated” Confirm Buat Kamu Menangis

Malisa Aina
/
suka menulis dan layan Netflix
[ Pilihan Wanista ] 8 Filem Romantik “Underrated” Confirm Buat Kamu Menangis

Kadang-kadang, sebuah filem walaupun tidak berjaya mendapat pulangan lumayan tetapi masih berjaya menghasilkan keseronokan di kalangan penonton.

IKLAN

Jika anda tiba-tiba mempunyai mood romantik, ini beberapa filem romantik yang underrated mempunyai jalan cerita unik lain daripada yang lain dari awal hingga ke penghabisan.

Kenapa penulis memilih filem-filem ini kerana garapan jalan cerita yang cukup memberi kesan sehingga penulis boleh menonton beberapa kali tanpa sedikit rasa bosan. Bukan itu sahaja, plot filem ini juga turun naik bagaikan rollercoaster – sekejap kita menangis, sekejap kita tersenyum dibuai asmara melihat hubungan cinta mereka.

Semoga terhibur..

About Time

Selalunya filem bertemakan pengembaraan kelihatan gelap dan serius tetapi tidak pada About Time. Filem romantik komedi ini akan membuatkan anda tertawa, marah, sedih dan tersentuh dengan jalan ceritanya. Penulis suka kerana Rachel McAdams kelihatan kelihatan sangat menawan dan fesyennya juga cantik dilihat.

Leap Year

Biasa dengar perumpaan Perigi Cari Timba? Biasanya dalam bab nak meluahkan isi hati, lelaki yang akan luahkan dahulu, jaranglah dilihat wanita nak mulakan mungkin sebab rasa malu yang menebal. Tetapi tidak bagi filem ini.

Anna Brady sanggup travel sehingga ke Dublin, Ireland untuk melamar teman lelakinya pada Leap Day (mengikut tradisi Ireland, lelaki yang dilamar harus menerimanya) tetapi dalam pada itu, kedatangan lelaki baru mengubah persepsi wanita ini.

Before Sunrise

Betullah orang kata cinta itu buta, cinta itu tidak mengenal usia dan berlaku di mana sahaja. Before Sunrise menceritakan tentang seorang lelaki dan wanita muda bertemu di kereta api di Eropah, menghabiskan satu malam bersama di Vienna.

Malangnya, kedua-dua tahu bahawa mungkin malam ini adalah malam terakhir mereka bersama-sama.

IKLAN

Me Before You

Ada lagi ke yang belum tonton filem ini? Permainan emosi ibarat rollercoaster, penulis penat menangis setiap kali menonton filem ini.

William seorang anak jutawan akhirnya ditimpa tangga apabila dirinya menjadi lumpuh setelah terlibat dalam kemalangan. Namun suatu hari, muncul seorang gadis ‘pelik’ bernama Louisa yang datang sebagai penjaga upahan untuk menguruskan hari-harinya. Benci bertukar cinta, namun William tidak mahu menerima Louisa kerana dia tahu yang ajalnya menjelang tiba.

What If

Mungkin agak cliche tentang seorang lelaki punya perasaan terhadap kawan perempuan yang sudah mempunyai teman lelaki. Mereka berdua membentuk persahabatan yang cukup akrab sehingga menjadi pertanyaan rakan sekeliling.

Walaupun simple, tetapi garapan storyline cukup menyenangkan penulis malah chemistry antara watak utama cukup kuat.

Midnight Sun

Menceritaka tentang Katie Price berusia 17 tahun dan menghidap penyakit rare yang membuatkan dia tidak boleh terkena cahaya matahari. Jadi dia tidak boleh bersekolah dan hanya belajar di rumah sahaja sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki.

Dia mula mahu menjalani kehidupan biasa dan keluar untuk bertemu dengan lelaki tersebut walaupun ditegah oleh bapanya.

Tune In For Love

One of my favorite movie dari Korea!

Latar masa bermula pada tahun 1994. Mi Soo (Kim Go Eun) bertemu dengan Hyun Woo (Jung Hae In) pada 1 Oktober pada tahun itu. Mi Soo sedang bekerja di bakeri, pada masa yang sama Hyun Woo memasuki bakeri untuk membeli tauhu selepas dibebaskan dari pusat tahanan juvana. Hyun Woon diterima sebagai pekerja sambilan di bakeri dan mula berkenalan dengan Mi Soo.

Baca review – Confirm Nangis! Ini Wanista Suka Selepas Tonton Filem Korea “Tune In For Love”

Five Feet Apart

Namun dalam banyak-banyak kisah cinta, ada juga ceritera yang perlu berakhir dengan kesedihan… seperti yang berlaku di antara Will dan Stella ini.

Diilhamkan dari nukilan novel karya Rachael Lippincott, Mikki Daughtry dan Tobias Iaconis,filem romantis paling menyayat hati untuk tahun 2019 ini adalah berkisarkan seorang gadis 17 tahun bernama Stella, lakonan Haley Lu Richardson, yang saban harinya perlu menghabiskan sisa hidup di hospital kerana penyakit paru-paru Cystic Fibrosis yang tidak ada penawarnya.

Malam ni sediakan popcorn dan tonton bersama yang tersayang.