Berita & Isu Semasa

Jeon So Min Berehat Seketika Dari ‘Running Man’ Atas Faktor Kesihatan

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Jeon So Min Berehat Seketika Dari ‘Running Man’ Atas Faktor Kesihatan

Jeon So Min bakal berehat seketika dari ‘Running Man’ atas faktor masalah kesihatan yang dihadapinya. Menurut syarikat agensi Jeon So Min, Entertainment IM menyatakan aktress dibawah naungannya itu akan berehat seketika dari sebarang aktiviti kerana mengalami tanda-tanda keletihan.

IKLAN

Agensi pelakon jelita ini juga menyatakan masalah kesihatan yang dialami aktress tersebut tiada kaitan dengan Covid-19, ianya tiada kena mengena dengan virus tersebut. Jeon So Min mengalami masalah kesihatan fizikal kerana terlalu penat dan keletihan yang melampau kerana terlebih bekerja.

Foto – Kocowa Blog

Difahamkan aktress jelita ini memiliki terlalu banyak jadual kerja yang bertindih dan membuatkan kesihatan Jeon So Min merundum dan menjejaskan kesihatannya.

Kini selepas dimasukkan ke dalam hospital dan menjalani pemeriksaan kesihatan, doktor menyarankan supaya Jeon So Min berehat dari sebarang aktiviti kerja.

Foto – Tribun Style

Menurut agensi Entertainment IM lagi, ‘Running Man’ tidak mempunyai sebarang penggambaran dalam tempoh dua minggu hadapan dan Jeon So Min akan menggunakan masa tersebut untuk berehat dan pulih seperti biasa.

Malah SBS juga telah menyatakan bahawa Jeon So Min akan berehat selama sebulan sebelum menyertai ‘Running Man’ semula.

Semoga cepat sembuh So Min!

Rujukan: 1, 2,

IKLAN