Kesihatan

Basuh Sayur Guna Sabun Boleh Ke? Ini Jawapan Pakar…

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Basuh Sayur Guna Sabun Boleh Ke? Ini Jawapan Pakar…

Gara-gara penularan Covid-19 di seluruh negara para ibu bapa terutamanya golongan ibu membuat tindakan drastik dengan membasuh sayur-sayuran dengan menggunakan air sabun. Dengan harapan makanan tersebut tidak dijangkiti sebarang kuman mahupun virus.

IKLAN

Tetapi adalah tindakan ini wajar dengan menggunakan air sabun untuk mencuci sayur-sayuran, tidakkah terfikir dengan tidakan tersebut boleh memudaratkan kesihatan diri dan keluarga?

Ikuti penjelasan pakar dalam menggunakan air sabun untuk mencuci sayur-sayuran oleh golongan ibu-ibu di bawah!

#1 Tak Galak Cuci Barang Dapur

Foto – Medium

Menurut pakar mikrobiologi Professor Don Schaffner yang merupakan pakar dalam bidang mikrobiologi makanan di Rutgers School of Environment and Biology Sciences tidak menggalakkan untuk menyahkuman pada barang dapur yang dibeli.

Makanan yang dibeli tidak perlu di nyahkuman, apa yang penting kamu membasuh barang dapur dengan sempurna. Wajib basuh bahan masakan sebelum masak!

#2 Bahan Kimia Dalam Nyahkuman Tidak Sesuai Untuk Makanan

Foto – ANHE

Untuk pengetahuan kamu semua, bahan kimia yang terdapat di dalam produk nyahkuman dan sabun tidak sesuai untuk makanan. Bahan yang digunakan untuk nyahkuman peralatan seperti sofa, dapur, telefon, meja dan sebagainya sangat bahaya dan berisiko untuk kita gunakan pada makanan.

Jika kamu masih mahu menggunakan sabun atau produk nyahkuman, gunakan pda beg kitar semula yang kamu gunakan untuk mengisi barang dapur. Cuci dan bersihkan beg atau bakul yang kamu gunakan untuk membeli-belah seminggu sekali.

#3 Makanan Akan Jadi Beracun

Foto – Top News Online

Tahukah kamu bahawa sabun bukanlah produk yang dihasilkan untuk membasuh makanan, ia dihasilkan untuk membersihkan pinggan mangkuk dan juga tangan kita. Jika kita tertelan sabun tersebut, ia akan mengakibatkan diri kita menjadi sakit, cirit-birit, loya, muntah dan makanan itu sendiri menjadi beracun!

IKLAN

#4 Cuci Beg Kitar Semula, Bukannya Barang Dapur

Foto – Arkib Wanista

Di bahagian atas ada dinyatakan untuk mencuci beg kitar semula, ya ianya adalah perkara yang betul dan boleh kamu lakukan bagi melindungi diri dan barang makanan.

Beg membeli-belah barang dapur yang digunakan setiap hari tatkala keluar membeli barang dapur, adalah berisiko tinggi dihinggapi dengan virus dan kuman.

Oleh itu, beg atau bakul yang kamu gunakan untuk membeli barang dapur perlu di nyahkuman sebelum dan selepas membeli barang dapur. Cuci beg atau bakul tersebut seminggu sekali atau tiga kali seminggu.

#5 Kerap Cuci Tangan, Cuci Tangan, Cuci Tangan!

Sebenarnya yang kamu perlu bersihkan adalah tangan kamu sendiri, ini kerana tangan kamu merupakan anggota tubuh badan yang banyak menyentuh di tempat-tempat yang dipenuhi kuman tanpa kamu sedar. Seperti contoh ketika kamu membeli-belah kamu pastinya akan memegang bakul atau troli pasaraya bukan?  

Bukan itu saja, tangan jugalah kamu guna untuk memegang stereng kereta, menjinjit plastik barang dapur dan sebagainya. Oleh sebab itu, perkara yang kamu perlu ambil perhatian adalah mencuci tangan dengan kerap dan bukannya barang dapur seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Foto – Insider

Diharap dengan maklumat yang dikongsikan ini memberi sedikit sebanyak pencerah untuk kamu semua. Jangan dok kalut sampai sayur-sayuran dan barang dapur semua nak di nyahkumankan!

Selamat beramal

Rujukan: 1, 2,