Tips - Kecantikan

Jerawat Di Dada Kamu Tak Hilang Mungkin Disebabkan Faktor Ini

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Jerawat Di Dada Kamu Tak Hilang Mungkin Disebabkan Faktor Ini

Tanyalah mana-mana perempuan, kalau muka naik jerawat memang mood akan merudum.

Bukan setakat di muka, di badan, kulit kepala, punggung, alat sulit, confirm PMS. Macam-macam mereka google semata-mata mahu mengetahui kenapa boleh naik jerawat sedangkan sudah menjalani kehidupan sihat dan teratur.

Baiklah, hari ini penulis nak kongsikan beberapa faktor jerawat di dada atau sekitar payudara kamu tak hilang. Kamu skrublah, pakai bedak sejuk, losyen, krim atau apapun masih juga tak jalan… Mungkin di bawah ini penyebabnya.

IKLAN

Peluh Berlebihan

Salah satu sebab yang paling biasa untuk jerawat muncul di dada adalah kerana peluh berlebihan di sekitar dada, sama ada disebabkan olahraga atau cuaca.

Foto – Carpe

Apabila peluh bercampur dengan kotoran dan minyak pada kulit, ia boleh menyumbat liang-liang untuk mengeluarkan jerawat. Oleh itu, cuba untuk sentiasa mandi sekurang-kurangnya setengah jam selepas bersenam atau berpeluh. Tapi paling bagus, setiap kali nak solat 5 waktu, mandilah!

Reaksi Pada Fabrik Pakaian

Mungkin kamu rasakan tidak mungkin tapi percayalah ini perkara common. Pakaian dari fabrik yang buruk boleh merengsakan kulit dan menyebabkan jerawat, terutama kamu yang miliki kulit jenis sensitif, ini dikenali acne mechanica.

Foto – Bangladesh

Acne Mechanica biasanya disebabkan oleh objek yang menyentuh kulit dan menghasilkan jerawat. Keadaan kulit ini juga boleh dicetuskan oleh kelembapan tambahan, jadi jika kamu berpeluh dan memakai pakaian yang tidak menyerap peluh, maka tinggi peluang untuk mendapat jerawat.

Hormon

Perubahan hormon boleh menyebabkan jerawat timbul di mana-mana. Terutama jika kamu jarang mandi atau membersihkan dada dengan sebersihnya, menjadikan liang tersumbat.

Foto – www.dermascope.com

Hypersecretion adalah kalenjar endoktrin mengeluarkan terlalu banyak hormon. Apabila kulit kamu kering, sama ada disebabkan oleh cuaca panas atau terlalu sejuk, ia boleh menyebabkan kulit menghasilkan minyak dari kelenjar sebaceous untuk menjadikan kulit lembap.

Apabila minyak ini bercampur dengan sel kulit mati, bakteria, kotoran di dada, boleh menyebabkan jerawat. Pastikan kamu sentiasa menggunakan pelembap atau losyen badan secara merata di seluruh badan!

Genetik

Faktor seterusnya berkemungkinan kerana genetik. Pakar Dermatologi dari University Hospital of Zurich dan Division of Genetics and Molecular Medicine di King’s College telah menjalankan kajian global tentang hubungan antara gen dan jerawat.

IKLAN
Foto – NewRetirement

Mereka mendapati bahawa terdapat ketidakaturan dalam beberapa gen yang boleh meningkatkan peluang seseorang untuk ada jerawat. Jika ibu bapa kamu mempunyai sejarah jerawat, sama ada di bahagian muka atau bahagian tubuh yang lain,  kemungkinan kamu juga mempunyai masalah kulit yang sama.

Nak hilangkan jerawat:

  • Amalkan pemakanan sihat seperti sayur dan buah
  • Banyakkan minum air
  • Sentiasa kawal tekanan. 
  • Jangan sesekali gatal-gatal picit sebab nanti makin merebak.
  • Pakai sabun badan yang lembut dan ringan, serta tidak mengandungi alkohol.

Selamat Beramal!

RUJUKAN