Sekarang nama usahawan wanita Vivy Yusof tengah trending di Malaysia. Selepas memberi komen berbaur hinaan terhadap kelompok B40, Vivy telah mendapat perhatian netizen malah mengecam tindakannya.
Vivy Yusof dan rakannya dilihat seolah-olah memperlekehkan nasib B40. Bila mana komen yang dibalas oleh Vivy menyetujui apa yang dikatakan oleh rakannya itu berkenaan “orang miskin menjadi kaya” di ruangan komen.
Baca : Netizen Nak Boikot Perniagaan Vivy Yusof, Meski Dah Mohon Maaf
Nampaknya setiap tindak tanduk Vivy juga mendapat tempias. Paling terkini gambar Vivy menjinjit beg tangan mewah ketika bermain ski turut menjadi bualan netizen. Rata-rata netizen meluat melihat Vivi yang seakan mahu menunjuk gaya hidupnya yang mewah itu.
Sebenarnya Vivi Yusof dan fesyen mewah memang tidak dapat lari. Jika anda mengikutinya di Instagram, lifestyle wanita genit ini memang bikin ramai yang cemburu. Setiap hari fesyennya berlainan, mungkin ada yang sponsor berikutan dirinya merupakan pemilik FashionValet atau dibelinya sendiri.
Tak percaya, lihat fesyen OOTD – Tips Fesyen 101! Jom Bergaya Ikut Cara Hijabista Vivy Yusof
Sudah menjadi kelaziman para peminat tegar fesyen, mereka pasti akan dibanjiri dengan koleksi beg tangan berjenama seperti Hermes, Prada, Fendi, Dior, Givenchy serta banyak lagi, dan Vivy juga tidak terkecuali.
Jom kita lihat koleksi beg tangan Vivy yang harganya mencecah belasan hingga ratusan ribu.
Hermes Birkin Baby Blue
Disney x Gucci Shoulder Bag
Dior Book Tote Bag
Gucci Chain Bag
Chanel Boy Bag
Fendi
Hermes Birkin Brown
Betullah bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Di harap Vivy selepas ini lebih muhasabah, prihatin serta berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata yang boleh mengundang amarah orang.