Siapa suka makan mentaga kacang atau ‘peanut butter’ kita geng!
Mentega kacang bukan sahaja lazat, malah ia juga kaya dengan sumber vitamin, ianya juga kaya dengan pelbagai manfaat dan kebaikan yang sihat dan bagus untuk kita semua.
Jadi bagi yang mencari menu makanan yang mana bagus untuk kesihatan dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan berat badan, maka mentega kacanglah jawapannya!
Nak tahu apa lagi kebaikan lain mentega kacang beri untuk kita, baca sampai artikel ini habis!
#1 Mampu Kurangkan Potensi Penyakit Kanser Payudara
Mentega kacang memiliki protein dan lemak semula jad yang boleh membantu mengurangkan potensi terkena penyakit kanser payudara.
Kajian daripada Breast Cancer Research Foundation dan United States National Institute of Health juga menyokong bahawa kacang mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser payudara.
Tambahan lagi ia, dapat memberi kesan yang baik pada kesihatan. Tetapi jika kamu mempunyai alahan pada kacang, kamu tidak digalakkan untuk makan kacang.
#2 Nak Kurus, Tak Ada Masalah Lagi!
Mentega kacang juga sangat bagus untuk kamu jika ingin kurus, ini kerana mentega kacang mempunyai sumber protein, serat dan nutrisi yang sangat banyak. Malah mentega kacang ini juga tidak akan menukar tahap tekanan dalam darah dalam tubuh kamu.
Selain itu, mentega kacang jug dapat memberikan bekal nutrisi yang bagus dalam tubuh badan kamu. Untuk mendapatkan tubuh yang langsing, masukan menu mentega kacang ini dalam diet pemakanan kamu.
Cara-caranya:
- Ambil 2 sudu mentega kacang sapu pada roti
- Makan 2 kali setiap minggu
#3 Boleh Turunkan Tekanan
Menariknya mentega kacang ini juga dapat membantu menurunkan tahap tekanan yang kita hadapi. Nak tahu kenapa mentega kacang boleh menurunkan tekanan dalam diri kita? Ini kerana di dalam kacang mengandungi beta-sitosterol yang mampu menyeimbangkan tahap tekanan dalam hormon cortisol.
Tambahan lagi, kacang juga mengandungi lemak baik, kaya dengan antioksidan, iron, magnesium, kalsium dan vitamin C. Jika tubuh badan kamu kekurangan zat-zat nutrisi yang diperlukan, maka mentega kacang boleh top up semula elemen yang tubuh kamu perlukan.
#4 Meningkatkan Aktiviti Otak Dan Memori
Seperti yang sedia maklum kacang memiliki sumber protein dan zat-zat yang sangat banyak dan bagus, kesemua zat-zat ini boleh merangsang otak dan menjadikan otak aktif serta menguatkan daya ingatan.
Oleh itu, orang tua terutama yang menghidapi penyakit Alzheimer digalakkan memakan kacang kerana ia sangat bagus untuk merangsang ingatan mereka.
Jadi mentega kacang adalah menu makanan ringan yang bagus untuk kamu sekeluarga!
#5 Bantu Pulihkan Otot Selepas Bersenam
Dah penat bersenam, otot pula rasa berdenyut dan lemah apa kata kamu berehat seketika dengan memakan mentega kacang.
Mentega kacang sangat kaya dengan magnesium dan ia adalah kunci utama dalam memulihkan kesihatan otot serta dalam masa yang sama ia juga boleh menghalang masalah otot tegang dan kejang dari berlaku.
Jadi lepas habis bersenam, pulihkan kembali otot dengan memakan mentega kacang!
#6 Mampu Mengawal Tekanan Dalam Darah
Jika kamu ingin mengawal tekanan dalam darah, maka menu terbaik adalah kacang! Kacang mempunyai sumber potasium yang dapat mengawal tekanan dalam darah. Bukan itu saja, kacang yang juga kaya dengan sumber magnesium ini juga akan memastikan kesihatan kamu terjaga.
#7 Boleh Rendahkan Potensi Kena Diabetes
Makin dewasa makin risau dengan faktor kesihatan diri? Kerap makan kacang dapat membantu kamu mengurangkan risiko potensi diri mendapat penyakit diabetes.
Lemak tidak tepu yang terdapat di dalam kacang adalah menyihatkan dan bagus untuk kamu. Tambahan lagi, kacang juga sangat bagus meningkatkan glukosa dan menyeimbangkan insulin diri.
#8 Dapat Tidur Dengan Nyenyak Dan Berkualiti
Siapa yang ada masalah masa tidur atau tidur tak nyenyak, makanlah kacang atau mentega kacang! Kerana kacang juga kaya dengan sumber asid amino yang dikenali tryptophan yang boleh meningkatkan hormon tidur, melatonin dan hormon gembira dalam tubuh kamu.
Nakkan waktu tidur berkualiti dan nyenyak, maka kacanglah jawapannya, tidak perlu makan dengan banyak cukup sekadar beberapa sudu sudah cukup.
#9 Sangat Bagus Untuk Wanita Mengandung!
Makan kacang atau mentega kacang semasa mengandung akan memberi kesan positif pada kandungan, ia boleh merangsang tahap ketahanan kandungan terhadap alahan terhadap kacang.
Tambahan lagi, kacang merupakan salah satu sumber dan zat yang sangat bagus untuk wanita mengandung ambil sebagai makanan tambahan dan penambah protein.
#10 Bagus Untuk Kesihatan Jantung
Tahu tak kacang juga bagus untuk menjaga kesihatan jantung kerana ia mengandungi lemak tidak tepu, asid lemak politaktepu, niacin, magnesium dan juga vitamin E yang bagus untuk memberi kesihatan pada jantung.
Untuk memastikan jantung kekal sihat, ambil mentega kacang dalam jumlah yang disarankan oleh pakar kesihatan pemakanan, sekurang-kurang 46 gram sehari.
Jom mula makan mentega kacang hari ini, masukan menu mentega kacang di dalam diet pemakanan kamu dan keluarga. Mentega kacang bukan saja enak, malah bagus untuk kesihatan diri kita semua.
Selamat beramal!♥