Kecantikan

Wycon Cosmetics Keluar Koleksi Mekap ‘Genderless’, Lelaki Juga Boleh Pakai!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Wycon Cosmetics Keluar Koleksi Mekap ‘Genderless’, Lelaki Juga Boleh Pakai!

Wycon Cosmetics mengeluarkan produk kosmetik dengan nafas inspirasi baru iaitu koleksi ‘Genderless’ di mana mekap ini menggabungkan konsep feminin dan maskulin dalam satu produk. Ini bermakna mekap koleksi Genderless ini boleh di guna pakai oleh lelaki dan juga wanita.

IKLAN

Wycon kali ini tampil berani dengan pilihan koleksi mekap yang bebas dari sebarang stereotaip, bebas jantina, bebas untuk digunakan oleh sesiapa sahaja. Dengan fokus sedemikian, Wycon Cosmetics mengeluarkan beberapa koleksi mekap yang sesuai untuk digunakan oleh lelaki dan wanita.

Foto – Arkib Wanista (Set mekap koleksi Genderless untuk lelaki dan wanita)
Foto – Arkib Wanista (Barisan warna lips gloss yang feminin dan juga maskulin untuk lelaki dan wanita, serius cantik!)
Foto – Arkib Wanista (Koleksi pensil bibir yang mengancam! Patutlah bibir seksi, sebab guna ni!)
Foto – Arkib Wanista (Primer stick terbaru Wycon ni, nampak fancy betul (kiri). Manakala Foundation Wycon seperti biasa tampak menyerlah dengan tona warna sesuai untuk wanita dan lelaki pakai (kanan).
Foto – Arkib Wanista (Ni bukan blusher biasa-biasa tau, ni blusher cecair yang boleh serlahkan seri wajah secara menyeluruh! Tak percaya kena cuba)
Foto – Arkib Wanista (Serius cantik muka bila guna gincu dan face powder duo ni.)

Bagi kaki mekap pastinya kamu ingin tahu apa lagi produk mekap yang ada di dalam koleksi Genderless ini bukan? Ikuti akaun Instagram dan laman Facebook Wycon Cosmetics serta layari laman sesawang Wycon Cosmetics untuk melihat pelbagai koleksi mekap Genderless ni.

Dari segi harga pula antara RM 40 – RM140 je, so bolehlah beli untuk yang tersayang nanti!