Info Menarik

PM Guna ‘Health Tag’, Produk Boleh Cegah Wabak Covid-19?

Malisa Aina
/
suka menulis dan layan Netflix
PM Guna ‘Health Tag’, Produk Boleh Cegah Wabak Covid-19?

Kad ‘Heath Tag’ yang digantung di leher Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sepanjang Covid-19 mendapat perhatian netizen. Ada yang mendakwa produk tersebut mampu menghindarkan diri daripada jangkitan wabak Covid-19.

IKLAN

Kad Gantung ‘Health Tag’

Dilaporkan, produk yang kini viral dan laris penjualannya melalui atas talian ini kononnya bertindak mencegah jangkitan virus dan bakteria melalui pembebasan gas Chlorine Dioxide di sekitar pemakainya.

'HEALTH TAG' BOLEH CEGAH WABAK COVID-19?Belum pun sempat isu penggunaan herba daun semambu untuk rawatan COVID 19…

Posted by Pusat Racun Negara on Sunday, March 29, 2020

Chlorine Dioxide merupakan gas yang bersifat merengsa terutama kepada saluran pernafasan bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah.

Kandungan Mikrobik Klorin di dalam tag ini berfungsi untuk membersihkan udara sekeliling pemakai, menghapuskan 99% bakteria dan virus, membasmi kuman, memberi perlindungan 45 hari dan perlindungan kepada pemakai dalam lingkungan 1 meter.

Cara memakainya juga mudah, hanya mengeluarkan paket aluminium foil dan meletakkan beg Natrium Chlorid di dalam plastik. Pastikan tag terbuka ketika ianya diguna dan catat tarikh bila diguna.

IKLAN
Foto – Amazingnara

Walaubagaimanapun, pemakaian ‘health tag’ adalah tidak berkesan untuk mencegah jangkitan kuman atau virus, apatah lagi Covid-19. Hal ini didapati menerusi kajian Japanese Journal of Environmental Infections:

1. Tiada kesan pembasmian kuman atau virus yang berlaku

2. Gas yang dibebaskan adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung

Menurut pakar imunologi dan virologi, Dr Ariane Davison, produk yang mengandungi Chlorine Dioxide itu adalah ‘scam terbesar’ kerana tidak dapat melakukan apa-apa untuk melindungi diri seseorang dari virus terutamanya yang melibatkan pernafasan.

Foto – Amazingnara

Apa yang lebih dibimbangi adalah kepercayaan pengguna terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan. Lantas mereka akan bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan penjarakan sosial.

Hati-hati jangan mudah terpengaruh!

RUJUKAN : 12