Pernah tak kamu berfikir masalah celah kangkang jadi gelap dan hitam sebab badan bertoksin, yalah nak kata tak cuba produk-produk putih dan mencerahkan celah kangkang, mustahil sebab sudah banyak produk yang dicuba tetapi tidak menunjukan hasil atau kesan positif.
Tapi betul ke toksin yang menyebabkan celah kangkang menjadi hitam dan gelap atau mungkin ada faktor lain yang kita tak tahu?
Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan celah kangkang kamu menjadi gelap, nak tahu apa faktor tersebut baca sampai habis!
#1 Obesiti
Faktor obesiti atau senang kata peningkatan berat tubuh badan juga boleh menjadi faktor kenapa celah kang menjadi gelap dan hitam, meskipun telah mencuba pelbagai produk tetapi masih tidak memberi sebarang kesan yang positif.
Masalah obesiti ini perlu kamu tangani dengan melakukan dan mengikuti gaya pemakanan serta gaya hidup yang sihat. Apabila tubuh sihat, barulah produk yang digunakan menunjukan kesannya nanti.
#2 Hormon Tidak Seimbang
Masalah hormon yang tidak seimbang juga boleh menjadi punca masalah, biasanya masalah ini sering berlaku pada wanita yang datang haid dan wanita yang hamil. Pada waktu tersebut kamu akan melihat perubahan pada celah kangkang dengan ketara dek faktor gangguan hormon yang tidak seimbang.
#3 Pakaian Yang Ketat & Tidak Sesuai
Masalah pakaian yang ketat dan tidak sesuai juga boleh menyebabkan kulit berubah menjadi gelap di bahagian celah kangkang. Jika seluar dalam yang di pakai terlalu ketat, ia akan menyebabkan kulit tidak boleh bernafas dan peluh juga terkepam tanpa ada ruang untuk keluar.
Oleh itu, cari fabrik atau pakaian yang sesuai, untuk mengelakan kulit di bahagian celah kangkang menjadi gelap dan hitam.
#4 Salah Ambil Ubat
Salah satu lagi faktor adalah salah mengambil ubat, mungkin melihat banyak ubat-ubat yang dijual di pasaran sama ada dalam talian atau di kedai-kedai jamu membuatkan kamu percaya dan memakan ubat-ubat tersebut tanpa meminta nasihat dan pandangan doktor.
Jadi perlu kamu ketahui, salah mengambil ubat juga boleh menyebabkan celah kangkang menjadi gelap dan hitam.
Ingat bukan semua ubat-ubatan yang dijual di pasaran sesuai dengan kondisi diri kamu, sebaik-baiknya rujuk dahulu pada doktor ubat mana yang boleh kamu guna untuk putihkan celah kangkang dan jangan main beli.
#5 Munculnya Penyakit Acanthosis Nigricans
Celah kangkang hitam juga menunjukan kemungkinan kamu menghidapi penyakit ‘Acanthosis Nigricans’, iaitu sebuah penyakit kulit di mana ianya merupakan masalah pikmentasi kulit yang tidak seragam.
Selain itu, jika kamu menghidapi penyakit ini, ia menunjukan kamu memiliki masalah kesihatan yang serius seperti penyakit prediabetes.
Tak ada cara ke bagaimana nak hilangkan celah kangkang yang gelap dan hitam legam macam arang ni? Kamu tak perlu risau ada caranya macam mana nak hilangkan gelap di celah kangkang ni, yang penting kamu kena rajin dan konsisten.
Jom lihat apa cara yang boleh kita guna untuk cerahkan celah kangkang ni!
#1 Jus Buah Lemon & Minyak Kelapa
Buah lemon mengandungi vitamin C yang bagus dalam membantu masalah hyperpikmentasi kulit. Manakala minyak kelapa pula berfungsi sebagai pelembap dan boleh melembutkan bahagian celah kangkang menjadi kembali lembut dan anjal.
Cara-cara:
- Campurkan beberasa sudu minyak kelapa bersama separuh jus buah lemon, gaul rata.
- Sapukan ramuan minyak kelapa dan jus lemon pada celah kangkang, gosok dan urut di bahagian yang gelap selama 10 minit.
- Bersihkan kawasan tersebut, lakukan setiap hari sehingga celah kangkang menjadi cerah semula.
#2 Scrub Gula
Gula boleh membantu mengeluarkan sel kulit mati pada kulit dengan mudah dan ia juga boleh menanggalkan sel-sel hitam pada celah kangkang kamu dengan berkesan. Yang penting kena konsisten dan rajin!
Cara-cara:
- Campurkan satu sudu gula, satu sudu mahu dan jus buah lemon, gaul rata.
- Gosok dengan lembut di bahagian kulit yang gelap tersebut selama beberapa minit.
- Bersihkan kulit dan lakukan cara ini sehingga celah kangkang kembali cerah.
#3 Aloe Vera
Aloe Vera bukan saja mampu melegakan kulit yang bermasalah atau iritasi ia juga boleh mencerahkan kulit kerana Aloe Vera mengandungi aloin yang merupakan sumber untuk mencerahkan kulit.
Guna gel Aloe Vera seperti losyen, sapu pada kulit dan biarkan Aloe Vera menyerap ke dalam kulit dan kamu tidak perlu bilas selepas menyapu Aloe Vera tersebut.
#4 Ubi Kentang
Jangan terkejut ubi kentang juga boleh digunakan bagi menghilangkan kulit gelap di celah kangkang kamu tu! Ini kerana ubi kentang memiliki enzyme yang dikenali sebagai catecholase yang boleh mencerahkan kulit.
Cara-cara:
- Ambil sebiji ubi kentang dan hiris ubi kentang tersebut.
- Gosok celah kangkang menggunakan hirisan ubi kentang selama 15 minit atau lebih lama.
- Kemudian basuh celah kangkang sehingga bersih, lakukan cara ini setiap hari sehingga mendapat keputusan yang diidamkan.
#5 Timun
Timun merupakan sumber bahan semula jadi yang bagus bagi melembutkan kulit dan sekaligus mencerahkan kulit yang hitam dan membaiki sel kulit serta membuang sel kulit mati.
Cara-cara:
- Ambil sebiji timun, hiris timun atau jadikan timun sebagai jus.
- Sapu atau gosok celah kangkang menggunakan hirisan timun atau jus timun selama 15 minit atau lebih lama.
- Kemudian biarkan seketika dalam 5 minit atau sehingga celah kangkang kering dan barulah bersihkan kulit kamu sehingga bersih.
- Lakukan cara ini dua kali sehari, setiap hari sehingga celah kangkang kembali cerah dan putih.
Semoga maklumat yang dikongsikan ini dapat membantu kamu mencerahkan semula celah kangkang yang hitam gelap tu.
Selamat beramal!