Berita & Isu Semasa

Netizen Nak Boikot Perniagaan Vivy Yusof, Meski Dah Mohon Maaf

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Netizen Nak Boikot Perniagaan Vivy Yusof, Meski Dah Mohon Maaf

Baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan pelan rangsangan ekonomi bagi membantu rakyat di Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan.

IKLAN

Rata-rata rakyat bersyukur dengan langkah yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan kerajaan untuk memastikan semua lapisan dan golongan terbela dan tiada yang ketinggalan sepanjang tempoh musibah ini berlaku.

Ekoran mendengar pelan yang dikeluarkan itu, usahawan wanita ternama Vivy Yusof mula memuatnaik status di laman sosialnya mengenai nasib peniaga-peniaga SME yang bagi Vivy kurang mendapat perhatian kerajaan di dalam pelan tersebut.

Foto – Twitter

Niat ingin tegakkan nasib peniaga-peniaga SME dah bagus, tetapi malang lain pula jadinya apabila Vivy Yusof membalas komen rakannya di akaun Instagram miliknya.

Foto – Twitter

Sesi perbualan yang panas ini mendapat perhatian netizen dan mengecam Vivy Yusof dan rakannya kerana seolah-olah memperlekehkan nasib B40. Bila mana komen yang di balas oleh Vivy seolah-olah menyetujui apa yang dikatakan oleh rakannya itu berkenaan “orang miskin menjadi kaya” di ruangan komennya.

Mula Mohon Maaf Kerana Terlanjur Cakap

View this post on Instagram

Sorry, everyone. ๐Ÿ™โค

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on

IKLAN

Vivy mula memuat naik status memohon maaf kepada netizen, bukan niatnya untuk memperlekehkan nasib B40. Dirinya hanya ingin memperjuangkan nasib peniaga-peniaga SME yang lain, di mana mereka bakal menanggu kos operasi, sewa dan gaji pekerja yang sangat banyak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan.

Vivy berharap agar pihak kerajaan juga dapat membantu peniaga-peniaga seperti dirinya dalam meringankan beban yang digalas pada ketika ini.

Perjelas Maksud “Exactly”

Masih dihentam dengan kecaman netizen gara-gara komen “exactly” yang di muatnaik oleh Vivy semasa membalas komen rakannya itu, Vivy sekali lagi memuatnaik status bagi memperjelaskan maksud “exactly” tersebut dan berharap netizen tidak menyalah ertikan maksudnya.

Tetapi meski permohonan maaf dan penjelasan telah diberikan netizen nampaknya tidak mahu memaafkan Vivy Yusof dan menganggap usahawan wanita itu berpura-pura. Malah lebih ramai netizen nekad untuk boikot perniagaan Vivy Yusof.

Netizen Nekad Boikot Perniagaan Vivy Yusof

Kini ramai netizen yang menyuarakan hasrat mereka untuk berhenti membeli produk tudung milik usahawan terkenal ini.

Foto – via Twitter/Arkib Wanista
Foto – via Twitter/Arkib Wanista

Bukan saja netizen menyuarakan ingin memboikot perniagaan Vivy Yusof, netizen juga berpendapat niat Vivy yang ingin perjuangkan nasib peniaga SME pada kerajaan adalah tidak membantu dan tidak memahami ekonomi negara pada waktu ini.

Foto – via Twitter/Arkib Wanista

Netizen Selar Vivy Yusof Guna Pelan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Itulah situasi yang dialami Vivy Yusof pada ketika ini, niat untuk menyuarakan nasib peniaga SME menjadi sebaliknya pula dan kini perniagaan Vivy sendiri menjadi taruhan kerana amarah netizen.

Vivy.. “If you don’t have anything nice to say, don’t say anything at all.”

Rujukan: 1, 2