Info Menarik

Tinggal Sendiri Lebih Baik, Wanista Kongsi 8 Alasan!

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Tinggal Sendiri Lebih Baik, Wanista Kongsi 8 Alasan!

Ada setengah daripada kita melakukannya dengan pilihan. Ada di antara kita yang melakukannya kerana kita perlu.

IKLAN

Cuba tanya pada diri sampai bila mahu tinggal bersama dengan keluarga? Atau teman sebilik? Jika kamu masih belajar bolehlah dimaafkan tapi bila dah bekerja, bukankah lebih elok berdikari dan tinggal sendiri sahaja.

Bukan nak mengelak daripada ibu bapa, tetapi untuk menjadikan kamu lebih matang, berdikari, dewasa malah bebas dalam kehidupan.

Kenapa penulis berkata begitu, di bawah alasannya…

Kamu boleh membuat peraturan rumah sendiri

Hidup sendiri bermakna kamu mempunyai kebebasan untuk menentukan apa sahaja peraturan yang baik untuk persekitaran rumah. Jika kamu mahukan ketenangan, kamu boleh milikinya.

Jika kamu mahu mengadakan party kecil bersama teman rapat di kala tengah malam, tiada masalah. Jika selepas minum, kamu mahu membiarkan di sinki tanpa perlu dicuci, juga boleh. Sekiranya kamu mahu tidur lewat kerana mahu menonton siri Netflix, tiada siapa yang ganggu.

Foto – Well Good

Pendek kata, kamu yang tentukan peraturan rumah yang menyenangkan diri sendiri.

Kamu dapat mengenali diri kamu dengan lebih baik

Tidak ada cara yang lebih baik untuk belajar tentang diri, tapi ia memerlukan keberanian – tidak ada yangย mengganggu kamu daripada membina kehidupan kamu sendiri, membuat keputusan untuk kamu atau membetulkan perkara yang kamu tidak mahu.

Foto – Pinterest

Dari situ kamu dapat mengenali diri, apa yang baik, apa yang buruk.

Kamu sedar bertapa kamu berupaya melakukan sesuatu

Bayar bil tepat pada waktunya, belajar untuk bajet pada barangan runcit, tidak membazir wang pada sesuatu yang tidak diperlukan, bila kamu demam atau sakit – kamulah yang harus jaga diri sendiri tanpa ada sesiapa yang membantu.

Bila tiba-tiba kamu berdepan dengan kesusahan seperti elektrik atau air tiada, kamulah kena susah payah sendiri. Sekarang kamu dah boleh beli macam-macam kelengkapan di iKea dan memasangnya sendiri.

Foto – Pinterest

Dari situ kamu dapat mengenali kekuatan serta kelemahan diri yang selama ini tidak diketahui.

Kamu menjadi lebih selesa dengan diri kamu

Honestly speaking, penulis hidup sendiri dan penulis mendapati penulis benar-benar menikmati masa bersendirian. Sometimes you just need your own space without any noise! Cuba tanya, jika kamu tidak dapat belajar dengan diri sendiri dan menikmati masa sendiri, bagaimana orang lain nak berseronok dengan kamu?

Foto – Pinterest

Kamu boleh hias rumah mengikut citarasa sendiri

Inilah masanya kamu nak menetapkan deko rumah – sama ada minimalis, vintaj, moden, atau kehijauan alam sekitar. ย Mungkin kamu tidak dapat meluahkan buah fikiran semasa tinggal bersama keluarga atau kongsi dengan teman sebilik, jadi sekarang masanya. Nak buat rumah serba pink, penuh dengan poster artis kegemaran atau elemen putih, buatlah tiada siapa yang menghalang.

Foto – Pinterest

Kamu menjadi lebih produktif

Ada kalanya kamu ingin keluar kerana bosan tetapi kebetulan tiada siapa yang free, kemudian kamu melihat lantai rumah yang berhabuk tidak disapu, baju kotor menimbun minta dicuci.

Foto – Pinterest

Lantas kamu memutuskan untuk menjadi produktif dan menghabiskan masa dengan mengemas rumah daripada keluar.

Kamu mempunyai kebebasan

Kamu boleh memasang lagu kegemaran tanpa ada yang judge, menyanyi sepuas hati, menari di sekitar rumah atau berjalan tanpa seurat benang/telanjang, jika itu perkara yang kamu suka. Kamu boleh bela binatang peliharaan yang selama ini kamu idamkan.

Foto – Pinterest

Ia adalah satu tempat yang benar-benar boleh menjadi saya, diri saya sendiri, dengan syarat dan peraturan saya sendiri.

Kamu mendapat keyakinan untuk menempuh hari dengan sebaiknya

Tidak kira apa yang berlaku sekarang dan di masa hadapan, kamu dapat harungi dengan sebaiknya. Itu yang kamu belajar bila hidup dan tinggal sendiri – di mana semua benda kamu lakukan sendiri. Jika sebelum ini kamu rasa pasif dan tidak berani nak melakukan sesuatu, tapi sekarang kamu berani berdepan dengannya.

Foto – Pinterest

Kamu tahu kamu boleh lakukan. Kamu rasa selesa dan tidak bergantung dengan orang, kamu lebih memahami diri sendiri, malah bersikap terbuka.

Sebaiknya setiap dari kita perlu alami pengalaman tinggal sendiri. Hal ini kerana dari situ kita belajar untuk menghargai masa, berdikari, bertanggungjawab, menjadi matang, malah paling penting belajar kenali diri sendiri.

Tapi apa pun pilihan di tangan kamu, tepuk dada tanya selera.