Baru-baru ini tular sebuah video di Perak di mana pegawai polis setia menjalankan tugasnya meskipun hujan ribut pada waktu itu.
Melihat pihak polis yang setia melakukan pemeriksaan ke atas semua kereta yang melalui jalanraya dalam waktu hujan lebat tersebut membuatkan rakyat Malaysia khususnya orang Perak terharu dengan pengorbanan mereka.
Tapi apa yang menyebabkan warga Perak ini mendapat gelaran No.1 patuh #DudukRumah, ianya menjadi tanda tanda?
Sekatan Jalanraya PDRM & ATM Yang Power!
Di Perak sekatan jalanraya berkuatkuasa serta merta, pihak PDRM dan ATM bertungkus-lumus membuat kawalan pergerakan di seluruh daerah di Perak tanpa erti penat lelah. Pemeriksaan dilakukan dengan teliti dan dalam masa yang sama nasihat juga turut diberikan kepada pengguna jalanraya tanpa lelah setiap hari.
Buat Jarak Sosial 1 Meter Di Pasar Awam
Semua pasar-pasar awam juga dikawal selia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, segala usaha ini dilakukan dengan gigih dan tekun oleh Majlis Perbandaran Taiping, PDRM dan anggota RELA setiap hari. Orang awam yang datang ke pasar untuk membeli bahan basah, akan dijarakkan sebanyak satu meter.
Semuanya dapat dilakukan dengan tertib dan mudah kerana semua pihak memberi kerjasama yang sangat baik dan saling memahami akan situasi yang dialami ketika ini.
OPS Perintah Kawalan Pergerakan Di Bank
Bukan itu saja, pihak RELA, ATM dan PDRM juga memantau dan menyelia pergerakan orang awam yang ingin ke bank-bank di Perak. Operasi yang dijalankan ini disambut baik oleh rakyat Perak dan mematuhi arahan pihak berkuasa di samping menyelesaikan urusan di bank.
Hebahan Umum Tentang Covid-19 Di Perak
Demi menunjukan betapa seriusnya isu penularan virus Covid-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan kepada rakyat Perak, Jabatan Penerangan Perak bersama PDRM membuat hebahan umum di lokasi sekitar daerah Perak.
Menerusi hebahan umum yang diberikan ini, penduduk di negeri Perak memahami dan mematuhi arahan yang dikeluarkan. Hebahan dibuat tanpa jemu dan berharap penduduk negeri Perak memandang serius terhadap penularan virus maut ini.
Boleh dikatakan semua tenaga kerja seperti PDRM, ATM, Majlis Perbandaran setiap daerah, RELA, dan Jabatan Penerangan Perak bertungkus-lumus melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dengan melakukan pantauan, sekatan jalanraya, penjarakan sosial dan hebahan umum kepada rakyat Perak.
Dan hasil penat lelah itu terbayar apabila penduduk Perak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan serta berasa rasa terharu dengan pengorbanan yang telah pihak berkuasa Perak lakukan untuk mereka.
Jadi tak hairanlah orang Perak patuh #DudukRumah, berkat kerjsama dan usaha pihak berkuasa juga!
Serius tabik pada PDRM, ATM, RELA, Jabatan Penerangan dan Majlis Daerah setiap negeri Perak, terbaik!