Kesihatan

Bahaya Buang Face Mask Sesuka Hati, Kamu Patut Buat Macam Ni

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Bahaya Buang Face Mask Sesuka Hati, Kamu Patut Buat Macam Ni

Sekali dah pakai face mask boleh buang terus, jangan pakai berulang kali. Hal ini boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri.

IKLAN

Tapi… nak buang juga ada cara, tak boleh sesuka hati dan begitu sahaja. Tahukah, berpuluh-puluh warga kerja kontraktor kutip sampah terdedah kepada risiko COVID-19 dengan tindakan anda membuang topeng tidak mengikut cara yang betul?

Apa tidaknya, kerja mengangkut dan memunggah sampah setiap pagi ke dalam lori mendedahkan mereka kepada pelbagai kuman, bakteria dan virus.

Walaupun face mask terpakai pada waktu pandemik COVID-19 tidak diklasifikasi sebagai bahan buangan berbahaya (hazardous waste material), ini tidak bermakna orang awam tidak perlu peka cara pembuangannya.

Foto – Astro Awani

Jadi bagaimana cara yang betul nak bang face mask terpakai?

  • Langkah Pertama: Basuh dulu tangan anda.
  • Langkah Kedua: Tanggalkan topeng dengan memegang gelung atau telinga topeng tanpa menyentuh lapik luar atau dalam topeng.
  • Langkah Ketiga: Lipat topeng tanpa mendedahkan lapik ‘tercemar’ yang terkena bendalir dari mulut dan hidung.
  • Langkah Keempat: Bungkus dalam plastik atau kertas sebelum dibuang dalam tong sampah.
  • Langkah Kelima: Basuh tangan anda.

Selamat Beramal!

RUJUKAN