Bagi instructor atau guru yoga apa yang paling penting bagi mereka apabila hendak melakukan sebarang aktiviti adalah soal pemakaian. Jenis pemakaian yang haruslah selesa, menggunakan fabrik yang bagus dan sudah tentunya menepati syariah pemakaian bagi wanita muslim.
Begitulah apa yang diingini oleh Farhanah Abdul Wahab yang merupakan seorang tenaga pengajar yoga berpengalaman. Wanita manis ini juga memiliki hobi dan minat yang menarik di mana dirinya sangat menggemari mencuba aktiviti sukan lasak seperti menyelam scuba, hiking dan rock climbing.
Mengenali wanita ayu ini, dirinya sangat menitik beratkan soal pemakaian tatkala hendak melakukan sesuatu aktiviti terutama aktiviti melibatkan di dalam air.
https://www.instagram.com/p/B9_AKzMphkU/
Pemakaian yang dipilih untuk melakukan aktiviti di dalam air sangat penting agar aurat diri terjaga dan dalam masa yang sama dapat melakukan aktiviti yang disukai dengan selesa dan senang hati.
Menurut Farhanah atau lebih manis dipanggil Hana sangat menyukai dengan koleksi Nike Victory Swim sebagai outfit kegemaran, apabila ingin melakukan aktiviti renang dan menyelam.
Ingin tahu mengapa guru yoga muda ini sangat menggemari koleksi pakaian renang Nike Victory Swim, baca sampai habis!
Ringan & Tidak Terlalu Tebal!
Menurut pengalaman Hana, pakaian renang dari koleksi Nike Victory Swim ini sangat ringan dan tidak terlalu tebal. Hana memilih pakaian renang patuh syariah Nike Victory Swin ini adalah kerana ia sangat ringan dan tidak terlalu tebal.
Cepat Kering & Tidak Terlalu Melekat
Selain itu, Hana juga menyukai pakaian renang ini kerana fabrik yang digunakan adalah jenis mudah kering dan tidak terlalu melekat apabila berada di dalam air. Sememangnya outfit renang yang di cari-cari oleh wanita muslim zaman moden sekarang ini.
Tidak Perlu Pakai Bra & Tidak Perlu Risau Dengan Sunburn!
Bukan itu saja, pakaian renang patuh syariah Nike Victory Swim ini juga menggunakan opada padding di bahagian dada. Di mana wanita tidak perlu memakai bra apabila memakai pakaian renang tersebut. Dengan opada padding rekaan Nike ini, ia akan melindungi payudara wanita dengan rapi.
Tambahan lagi, pakaian renang ini juga menggunakan material UPF40+ yang dapat melindungi diri dari sinaran matahari panas ketika melakukan aktiviti kegemaran!
Labuh & Menepati Piawaian
Sebagai wanita muslim Hana sangat menitikberatkan mengenai piawaian pakaian renang yang digunakannya. Bagi Hana koleksi pakaian renang patuh syariah Nike Victory Swim ini, sangat menepati citarasa dan piawaian dalam Islam bagi menjaga aurat wanita muslim.
Tambahan lagi, rekaan koleksi Nike Victory Swim ini sememangnya rekaan inovasi yang menepati keperluan wanita berhijab masa kini. Serius tak rugi pakai pakaian renang patuh syariah Nike Victory Swim!