Makanan, Teknologi

Sedap & Relax! 4 Youtube Masakan Cara ASMR Terapi Korang Sepanjang PKP

Malisa Aina
/
love writing and Netflix so much
Sedap & Relax! 4 Youtube Masakan Cara ASMR Terapi Korang Sepanjang PKP

Buat apa sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP)? Belajar memasak?

IKLAN

ASMR atau namanya Autonomous Sensory Meridian Response merupakan satu teknik untuk merangsang telinga dan otak untuk menenangkan seluruh organ badan termasuklah jantung.

Video ASMR adalah video yang menggunakan suara rendah dan bunyi-bunyian melalui pergerakan berulang seperti berbisik, bermain slime, mengunyah makanan, memotong sabun buku, air mengalir, memasak, atau bunyi ketukan. Ia bertujuan untuk memberi ketenangan terhadap penontonnya.

Dilaporkan, ia membantu golongan insomnia (kesukaran tidur malam) dan meredakan tekanan. Hal ini disebabkan video ASMR dibuat dengan nada yang sangat rendah dan menjadikan setiap pendengar berasa tenang. Suara individu yang mengendalikan video itu berkesan untuk memperlahankan degupan jantung dan membuat penonton tidur dengan tenang.

Sekarang banyak video masakan di Youtube yang dibuat cara ASMR mendapat sambutan. Mereka memasak dalam keadaan yang minimalis tanpa sebarang percakapan, cukup hanya perbuatan seperti memotong, menguli, menggoreng, air mengalir serta banyak lagi – yang kedengaran cukup tenang dan langsung tidak semak.

Bukan setakat ASMR, tapi mereka juga berkongsi masakan yang sedap-sedap, di samping menggunakan peralatan masakan yang comel dan memikat, malah video juga sangat aesthetic.

Ini 4 yang best paling penulis suka.

Nino’s Home – 1.09M Subscribers

하루한끼 one meal a day – 2.74M Subscribers

꿀키honeykki – 2.07M Subscribers

HANSE – 2.24M Subscribers

Sambil menonton boleh belajar memasak sekali.

IKLAN