Info Menarik

7 Punca Utama Kenapa Itali Gagal Tumpaskan Covid-19

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
7  Punca Utama Kenapa Itali Gagal Tumpaskan Covid-19

Sejak semalam 24 Mac 2020 Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan carta statistik kadar kematian Covid-19 yang terbaru, di Itali jumlah kematian telah meningkat sebanyak lebih dari 6,000 orang. Ini merupakan kadar kematian yang tertinggi di dunia dengan peningkatan angka kematian sebanyak 9.5%.

IKLAN

Rata-rata semua orang berasa gerun dan takut akan peningkatan angka kematian di negara bersejarah itu. Apa yang membuatkan negara bersejarah ini mempunyai kadar kematian yang sangat tinggi di dunia meski telah kerajaan mereka telah membuat perintah berkurung (lockdown).

Ini antara punca utama kenapa Itali gagal tumpaskan Covid-19 dan menyebabkan ia semakin menular!

#1 Gaya Hidup ‘Utamakan Hal Keluarga Dari Hal Lain’

Foto – Discover People Place

Gaya hidup rakyat Itali mementingkan ‘hal keluarga dari hal lain’ ini terbukti apabila mereka ada isu kekeluarga, mereka sanggup tinggalkan segala kerja hatta mesyuarat penting sekalipun untuk pulang ke rumah dan selesaikan urusan keluarga mereka.

Tambahan lagi, dengan isu mementingkan hal keluarga lebih dari hal-hal yang lain, mereka sangat lambat bertindak apabila berlaku hal-hal kecemasan (kecuali kecemasan keluarga). Sebab itu penularan Covid-19 di negara mereka tetap menular meski kerajaan mereka telah melakukan perintah berkurung.

#2 Patuh Pada Konsep Keluarga Harus Duduk Sebumbung!

Foto – Cultural Comparisons 2016

Pada zaman ekonomi keemasan mereka hasil kekayaan rakyat Itali melimpah ruah, sehingga rakyat mereka mampu membeli tanah yang besar di kampung.

Justeru itu, hasil dari kekayaan yang ada mereka membina rumah yang besar dan menjurus anak-beranak serta cucu-cicit tinggal sekali dalam satu rumah yang besar tersebut!

Dek konsep tinggal sebumbung sebegini, tidak mustahil penularan virus tersebut semakin menular. Bayangkan dalam satu rumah lebih dari 10-20 orang potensi untuk virus merebak sangat tinggi!

#3 Miliki Dua Bandar Berpusat

Foto – Arkib Wanista

Itali sangat unik dengan memiliki dua bandar berpusat iaitu di Rome dan Milan yang menjadi lubuk ekonomi negara mereka dari segi pelancongan dan juga pertanian.

Tetapi dalam masa-masa darurat seperti ini, memiliki dua bandar berpusat boleh menjejaskan keberkesanan kerajaan Itali dalam menumpaskan penularan Covid-19 ini.

#4 Masalah Birokrasi Yang Sangat Teruk!

Foto – The New York Times

Mana-mana negara mempunyai masalah birokrasi yang sama malah di Malaysia juga tidak terkecuali. Tetapi di Itali ini berlipat kali ganda kepincangannya dalam pentadbiran negara, ini terbukti apabila penularan wabak mula tersebar di Wuhan, kerajaan Itali tidak membuat sekatan keluar masuk penerbangan dalam negara mereka.

Dan kini bahana kepincangan tersebut membuatkan rakyat Itali menjadi korban serangan ganas wabak Covid-19 yang tidak mengenal erti tua atau muda.Β 

#5 Hanya Peduli Masalah Dalam Negara SAHAJA

Foto – PYMNTS

Salah satu pencetus angka kematian di Itali semakin meningkat adalah mereka hanya mengambil peduli tentang apa yang berlaku di dalam negara mereka sahaja.

Meski mereka tahu hal-hal yang berlaku di luar negara, kerajaan mereka tidak mengambil inisiatif untuk membendung penularan virus dari awal kerana memikirkan negara mereka tidak akan terkena dengan wabak maut tersebut. So ignorant!

#6 Terlalu Kaya Dengan Sumber ‘Perlindungan’ Buat Mereka Alpa!

Foto – Rick Steves Europe

Seperti yang sedia maklum, negara Itali merupakan antara negara yang terkaya maka tidak hairanlah kebajikan rakyat mereka sangat terjaga dan kaya dengan sumber perindungan dari segi hak pekerja, kesihatan, insuran diri dan perlindungan sosial.

Dek terlalu banyak perlindungan yang kerajaan mereka salurkan membuatkan rakyat mereka menjadi alpa dan yakin bahawa diri mereka tidak akan terkena jangkitan tersebut. Bagi mereka kalau kena pun, perlindungan yang dimiliki mampu melindungi diri mereka dari mana-mana ancaman.

#7 Miliki Menteliti Mereka Bangsa Terulung & Hebat!

Satu lagi mereka juga merasakan bangsa mereka merupakan bangsa yang hebat kerana banyak melahirkan pemimpin bijak pandai seperti Marco Polo, Leonardo Da Vinci, Galileo dan banyak lagi nama-nama besar dunia.

Dengan merasakan mereka adalah bangsa yang terulung dan unggul di dunia, mereka tidak merasakan isu penularan wabak Covid-19 adalah isu besar!

Foto – L’italo Americano

Sebab itu apabila kerajaan mereka membuat perintah berkurung dan rakyat mereka dibenarkan bercuti, ramai di kalangan mereka yang masih berjalan-jalan, bercuti balik kampung dan sebagainya kerana di dalam diri mereka tidak menganggap hal ini adalah perkara yang serius.

Foto – Twitter KKMPutrajaya

Jadi tidak hairanlah penularan wabak maut ini semakin menular di Itali, jika ini yang berlaku di negara mereka sendiri. Sampaikan pihak perubatan harus membuat keputusan siapa yang harus hidup dan mati kerana angka jangkitan semakin meningkat di negara mereka.

Persoalannya siapa yang harus dipersalahkan? Tepuk dada tanya diri!

Rujukan: 1, 2,