Semenjak perintah kawalan pergerakan mula dilaksanakan, rakyat Malaysia mula membuat pembelian panik di semua pasaraya dan kesanya banyak barang-barang makanan lain kehabisan stok dan tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan lain.
Antara yang paling ketara adalah roti Gardenia, banyak stok-stok roti telah habis di pasaran. Jadi apa yang boleh kita semua lakukan, terutama bagi individu yang memang kaki makan roti setiap hari ni?
Hari ini Wanista bawakan beberapa resepi roti yang mudah dan menggunakan bahan-bahan yang ringkas untuk kamu semua lakukan di rumah!
Roti Perancis Air Tangan Sendiri
Bahan-bahan
- 1 cawan air suam
- 2 1/4 sudu teh serbuk yis segera
- 2 1/2 cawan tepung serba guna
- 1/2 sudu teh garam
Cara buat
- Masukan air di dalam bekas kemudia masukan yis dan biarkan selama 10 minit.
- Masukan setengah cawan tepung dan garam ke dalam bekas bercampur yis sebentar tadi, gaul sehingga sebati.
- Kemudian tambah lagi dua cawan tepung dan gaul sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan mula uli. Setelah selesai menguli masukkan doh di dalam bekas bersih, tutup doh dengan kain dan rehatkan selama 15 minit.
- Setelah rehat, uli doh sekali lagi selama 10 minit. Kemudian masukan doh ke dalam bekas semula dan tutup doh. Biarkan selama 1 jam, sehingga saiz doh menjadi besar.
- Setelah 1 jam keluarkan doh, uli sedikit kemudian bahagi doh kepada dua. Bentukan doh mengikut bentuk yang diingini dan biarkan rehat sekali lagi selama 45 minit sehingga doh kembang.
- Setkan suhu oven pada 450 fahrenheit atau 232 selsius. Roti Perancis sedia untuk di hidang!
Roti Belanda Paling Senang
Bahan-bahan
- 600 gram tepung serba guna (lebih kurang 4 cawan tepung)
- 2 cawan air suam antara 90 darjah hingga 110 darjah
- 1 1/2 sudu teh garam
- 1 paket serbuk yis aktif
Cara buat
- Masukan serbuk yis aktif ke dalam 2 cawan air suam, gaul rata.
- Kemudian masukan 4 cawan tepung ke dalam bekas bersama satu setengah garam dan gaul rata.
- Selepas itu masukan air yis tadi ke dalam bekas tepung, gaul sehingga menjadi doh. Rehatkan seketika selama satu jam setengah hingga dua jam.
- Setelah rehat, gaul doh tersebut dan rehatkan sekali lagi selama satu jam setengah.
- Keluarkan doh dan mula uli sedikit, ambil bekas baru untuk letak doh. Sapu sedikit minyak pada bekas tersebut dan tabur sedikit tepung ke dalam bekas, kemudian letak doh tersebut.
- Manakala ambil satu bekas lain untuk membakar roti, masukan bekas tersebut ke dalam oven untuk di panaskan selama 45 minit hingga 1 jam dengan suhu 450 fahrenheit atau 230 selsius.
- Setelah bekas dipanaskan masukan doh tersebut dan bakar dalam oven selama 45 minit dan buka penutup bekas selepas 30 minit. Siap sedia dihidangkan!
Roti Vegan Gebu Gebas
Bahan-bahan
- 180 gram air
- 6 gram serbuk yis segera
- 24 gram gula
- 25 gram minyak zaitun
- 300 gram tepung
Cara buat
- Masukan air, yis, minyak zaitun, garam, gula, dan tepung ke dalam mangkuk kemudian gaul rata sehingga menjadi doh.
- Kemudian uli doh seketika dan rehatkan doh selama 15 minit. (tutup doh dengan kain atau plastik pembalut makanan)
- Setelah 15 minit, uli doh sehingga menjadi lembut selama 3 minit hingga 5 minit. Selesai, baling doh (ikut seperti dalam video) selama 5 minit hingga 7 minit.
- Selepas itu, masukan doh ke dalam bekas semula, tutup dengan plastik pembalut atau kain dan rehatkan selama 1 jam (hingga doh kembang).
- Setelah direhatkan, potong doh menjadi tiga bahagian sama rata. Bentukan doh menjadi bulat dan biarkan sekali lagi selama 15 minit.
- Setelah 15 minit, uli doh dengan kayu mengiling roti kemudian bentukan doh mengikut bentuk. Selesai masukan doh-doh tersebut ke dalam bekas pembakar roti, tutup doh tersebut dengan plastik pembalut atau kain dan rehatkan doh selama 1 jam (sehingga doh kembang sekali lagi).
- Doh sedia untuk di bakar, setkan oven pada suhu 170-180 selsius selama 20-25 minit. Roti dah siap masak dan sedia dihidangkan!
Roti Puri Ringkas Dan Mudah
Bahan-bahan
- 500 gram tepung
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 6 sudu besar minyak
- Air
Cara buat
- Masukan tepung, garam, gula, minyak ke dalam bekas dan gaul rata. Kemudian masukan air sedikit demi sedikit, gaul rata.
- Gaul hingga menjadi doh dan uli doh selama 5 minit. Rehatkan doh selama 10 minit.
- Setelah itu, bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 15-20 minit.
- Selepas doh direhatkan, uli doh hingga menjadi leper.
- Panaskan minyak masak, kemudian masukan doh tadi, masak sehingga kembung seperti belon.
- Roti puri siap dan sedia di makan bersama sambal!
Jom habiskan sisa harian di petang hari dengan membuat menu resepi roti sendiri di rumah, yang sudah tentunya lebih sedap, lazat dan menyihatkan!
Selamat beramal!♥