Bosan duduk rumah, dah jemu layan K-drama dan lagu K-Pop? Apa kata beralih pula dengan belajar bahasa Korea, bukan saja dapat menambah ilmu pengetahuan malah kamu juga berpeluang berintetaksi bersama artis idola K-Pop iaitu BTS!
Peminat K-Pop pasti suka dengan khabar berita ini, idol terkenal dunia BTS bakal menjadi guru dalam talian untuk mengajar kamu yang berminat mempelajari bahasa Korea!
Big Hit Entertainment telah mengumumkan bahawa kumpulan idol BTS akan melancarkan video siri terbaru dengan bertujuan membantu peminat untuk mempelajari bahasa Korea, seronoknya!
Video yang bertajuk “Learn Korean with BTS” ini dihasilkan dengan harapan peminat yang mengalami masalah bahasa untuk memahami dan melayan lagu-lagu BTS, dapat berasa seronok dengan memahami erti lagu-lagu yang BTS sampaikan kepada peminat.
Projek murni ini juga berkolaborasi bersama penyelidik dan professor dari ‘Hankuk University of Foreign Studies’ dan juga ‘Korea Language Contents Institute’, bagi menghasilkan kandungan pembelajaran bahasa Korea dalam talian.
Menurut Soompi, BTS akan menggunakan video pendek sedia ada seperti “Run BTS!”, “Bangtan Bomb” dan “BTS Episode” sebagai kandungan untuk mengajar bahasa Korea kepada peminat secara dalam talian.
Difahamkan setiap video berdurasi tiga minit dan sepanjang tempoh tiga minit tersebut terdapat penjelasan mengenai perkataan dan tatabahasa Korea.
Aktiviti menarik ini dilancarkan secara percuma di dalam aplikasi peminat Big Hit iaitu Weverse bermula hari ini (24 Mac 2020) pada jam 2 petang KST. Jumlah video pembelajaran daripada BTS ini sebanyak 30 dan hari ini Big Hit akan mengeluarkan tiga episod yang pertama untuk kita semua belajar bahasa Korea.
Serius tak sabar nak beajar bahasa Korea dengan BTS!
Rujukan: 1,