Drama Korea bukan sahaja mempersembahkan jalan cerita penuh tragis, sinematografi aesthetic dan memikat, para pelakon yang sedap mata memandang dengan fesyen trendy, malah barisan lagu penuh memori yang dicipta khas, menjadikan drama mereka pilihan ramai penonton tidak kira usia, jantina, bangsa, dan agama.
Lagi pula sekarang Malaysia dalam tempoh kawalan pergerakan, jadi semua berkurung duduk rumah layan k-drama. Sambil-sambil layan, sangkut beberapa soundtrack mereka yang sedap dengar di halwa telinga.
Antara banyak-banyak, 6 ini paling Wanista layan. Dengan melodi, alunan vokal dan lirik memang syok dengar sampai boleh dibawa tidur.
Kim Feel – Someday, The Boy (Itaewon Class)
IU – Give You My Heart (Crash Landing On You)
V – Sweet Night (Itaewon Class)
Nell – Lost (Nobody Knows)
Baekhyun – My Love (Dr. Romantic 2)
https://www.youtube.com/watch?v=MtzLQJr-ddE
Sejeong – All of My Days (Crash Landing on You)
Baru dengar soundtrack dah nangis, belum tengok drama lagi.. Penangan drama Korea ni lain macam kot.