Info Menarik

Amalan Baca Surah Al-Waqi’ah, Cara Mujarab Untuk Cantik & Murah Rezeki

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Amalan Baca Surah Al-Waqi’ah, Cara Mujarab Untuk Cantik & Murah Rezeki

Membaca ayat-ayat suci Al-Quran banyak memberi manfaat dan fadhilat kepada kita semua, setiap persoalan dan jawapan yang di cari oleh manusia terkandung di dalam kalam Allah S.W.T. Antara surah pilihan yang menjadi pilihan wanista hari ini adalah surah Al-Waqi’ah.

IKLAN

Di dalam surah ini terkandung banyak manfaat dan kebaikan apabila kita membacanya, ingin tahu apa kebaikan itu jom baca sampai habis!

#1 Tidak Ditimpa Kemiskinan & Kesusahan Selama-lamanya

Daripada Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya” hadis riwayat Al-Baihaqi.

#2 Kehidupan Dilimpahi Dengan Pelbagai Rezeki

Foto – Google

Sesiapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari dan pada waktu malam sebanyak 40 kali selama 40 hari Insya Allah, Allah S.W.T. akan melimpahkan rezeki yang melimpah dari pelbagai pintu rezeki.

#3 Rahsia Wajah Kaya Dengan Kecantikan

Foto – Arkib Wanista

Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan” hadis riwayat Ibnu Ady.

Dengan membaca surah Al-Waqi’ah juga, ia boleh menaikkan seri dan aura wajah wanita. Rahsia wajah cantik berseri:

  • Ambil segelas air
  • Baca surah Al-Fatihah 1 kali
  • Baca surah Qursi 1 kali
  • Baca surah Al-Waqi’ah dari ayat 35 – ayat 38 sebanyak 7 kali
  • Tiup bacaan tersebut pada air dan minum

#4 Permudahkan Urusan Ketika Bersalin & Sakit

Foto – Arkib Wanista

Bagi yang ingin memudahkan urusan bersalin, maka surah Al-Waqi’ah adalah antara surah yang terbaik untuk memudahkan urusan bersalin berjalan lancar dengan izin Allah S.W.T. 

Selain itu, jika seseorang itu sedang sakit atau nazak dengan membaca surah Al-Waqi’ah akan meringankan sakit tersebut dan manakala orang yang nazak pula akan dipermudahkan untuk rohnya keluar dari jasad.

IKLAN

#5 Menghindarkan Diri Dari Sifat Angkuh & Riak

Foto – Google

Setiap surah-surah yang terdapat dalam kalam Allah S.W.T. ini mempunyai pengajarannya yang tersendiri, begitu juga dengan surah Al-Waqi’ah ini. Surah ini bukan saja sebagai senjata untuk murahkan rezeki dan mencantikan wajah.

Malah surah ini juga memberi peringatan buat kita semua agar tidak berasa angkuh dan riak kerana setiap apa yang Allah berikan, Allah juga bisa menarik balik semula nikmat yang diberikan kepada kita semua.

Jom bersama-sama amalkan membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari dan semoga Allah memberi nikmat dan rezeki dari kesihatan, kebahagian dunia dan akhirat.

Selamat beramal!

Rujukan: 1, 2,