Fesyen

Luar Biasa, Tampil Bergaya Walaupun Bekerja Dari Rumah!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Luar Biasa, Tampil Bergaya Walaupun Bekerja Dari Rumah!

Walaupun bekerja dari rumah semasa dalam perintah kawalan pergerakan, kamu juga tetap dapat bergaya seperti pergi ke pejabat! Tak percaya?

IKLAN

Luxottica tampilkan tiga rekaan cermin mata yang bergaya dan sesuai untuk kamu gayakan terutama jika kamu bermesyuarat bersama bos atau rakan sekerja menerusi panggilan video di telefon mahupun laptop.

Bukan biasa-biasa reka bentuk rekaan cermin mata terbaru ni, nak tahu menarik atau tidak lihat di bawah!

Charming Cat-Eye

Luxottica menampilkan rekaan Charming Cat-Eye atau rekaan mata kucing sebagai sumber inspirasi pada tahun ini. Menariknya untuk reka bentuk ini ia hadir dengan tiga jenama terkenal dunia seperti jenama Coach, Ray-Ban dan juga Burberry.

Foto – Luxottica

Malah harganya juga berpatutan dan sesuai dengan material yang diguna pakai dalam menghasilkan rekaan yang menarik dan mencuri perhatian!

Round & Retro

Bagi yang gemar dengan gaya retro dan klasik, maka ini adalah cermin mata yang terbaik dan sesuai untuk kamu gayakan ketika membuat kerja di rumah. Tambahan lagi dengan rona warna yang di pilih khas seperti ini, pastinya sangat sesuai dengan citarasa diri kamu!

Foto – Luxottica

Bagi rekaan cermin mata yang ini pula, ia tampil dengan tiga jenama terkemuka dunia seperti Coach, Giorgio Armani dan Oakley. Ada cermin mata yang kamu berminat?

Oversized Square Frames

Siapa suka pakai cermin mata besar atau oversized, kita geng! Cermin mata yang besar seperti ini membuatkan diri kamu kelihatan berani, lantang dan seorang yang bijak.

Jadi Cermin mata ini juga hadir dengan jenama cermin mata yang terkemuka seperti Prada, Dolce & Gabbana dan juga Emporio Armani. Kool gila kan!

Foto – Arkib Wanista

Meski kamu membuat kerja dari rumah, itu tidak bermakna kamu tidak boleh tampil bergaya seolah-olah seperti di pejabat. Dengan tiga jenis rekaan yang terdapat di Luxottica ini, pasti ada yang terpikat dengan reka bentuk cermin mata seperti ini!

Bagi yang ingin mendapatkan cermin mata terbaru ini, kamu boleh kunjungi butik pengeluar cermin mata Luxottica dan rebut rekaan yang kamu ingini segera!