Korea Selatan mengejutkan dunia dengan pencapaiannya dalam menangani penularan Covid-19 tanpa perlu melakukan perintah berkurung (lockdown). Kejayaan ini membuatkan negara-negara yang dijangkiti wabak berbahaya ini cuba untuk menyelidik bagaimana cara kerajaan Korea Selatan melakukan hal tersebut.
Di Korea Selatan semenjak dari bulan Februari lagi, mereka telah mencatatkan rekod penurunan jumlah jangkitan tanpa perlu melaksanakan perintah berkurung. Ini antara beberapa rahsia bagaimana Korea Selatan berjaya mencatat penurunan kes jangkitan.
#1 Mula Kumpul Kit Ujian Sejak Penularan Di China
Salah satu rahsia kenapa Korea Selatan berjaya menurunkan kes jangkitan sebanyak 1% di dunia, adalah kerana mereka telah membuat persediaan mengumpul segala barang keperluan seperti kit ujian dan perubatan sejak penularan wabak tersebut berlaku di China.
Mereka bertindak pantas dan ambil peduli mengenai penularan wabak tersebut dari awal munculnya penyakit misteri itu di China.
#2 Buat Ujian Saringan Ke Atas 10,000 Individu Sehari
Korea Selatan memiliki kemampuan dan kebolehan membuat ujian saringan secara besar-besaran, di mana mereka membuat ujian saringan ke atas 10,000 individu sehari dan ianya dilakukan setiap hari bagi mengesan individu yang dijangkiti oleh wabak maut.
#3 Cipta GPS Khas Bagi Mengesan Individu Yang Dijangkiti
Bukan itu saja, kerajaan Korea Selatan juga mencipta aplikasi GPS khas bagi memantau mereka yang sedang di kuarantin dan ia juga menjadi sebagai penanda amaran jika mereka hendak keluar ke mana-mana.
Tambahan lagi, bagi pelancong yang datang untuk melancong ke Korea Selatan, mereka dikehendaki mengisi butiran rekod kesihatan dan perubatan yang terdapat di dalam aplikasi ini juga. Ini bermakna pelancong luar juga harus menggunakan aplikasi ini semasa datang melancong ke Korea Selatan.
#4 Buka Booth Konsultasi Telefon
Booth konsultasi telefon ini di buka di hospital bagi tujuan untuk menyebarkan maklumat berkaitan Covid-19 kepada rakyatnya.
Selain itu, menerusi booth telefon ini juga rakyat Korea dapat menerima amaran seperti jalan atau laluan yang dijangkiti wabak Covid-19 dan sekaligus rakyat dapat mengelak dari menggunakan jalan atau laluan tersebut.
Dan menerusi booth konsultasi telefon ini juga rakyat tahu kawasan mana yang masih aktif dengan penularan wabak di Korea Selatan. Hebatnya!
#5 Rakyat Jujur Dan Berterus-terang Tentang Kesihatan Diri
Tidak seperti di negara lain, di Korea penduduknya jujur dan berani berterus-terang tentang keadaan atau status kesihatan diri kepada pihak kerajaan dan juga pegawai perubatan Korea Selatan.
Dalam waktu yang getir ini mereka berkerjasama bersatu mengurangkan penularan dengan berterus-terang tentang kondisi kesihatan diri mereka dan tidak menyembunyikan atau menipu pihak perubatan.
Ini adalah sikap yang perlu kita semua contohi, dan bukannya lari dari membuat ujian saringan serta menipu orang sekeliling yang diri mereka tidak dijangkiti!
#6 Bil Pemeriksaan Dan Saringan Percuma
Ke semua pesakit termasuklah pesakit dari luar negara yang telah membuat ujian saringan di hospital dan telah disahkan positif, mereka tidak dikenakan sebarang cas pembayaran yuran rawatan. Kerajaan Korea Selatan memberi perkhidmatan rawatan percuma buat mereka yang disahkan dijangkiti Covid-19.
#7 Hasilkan Vaksin & Kit Ujian Saringan Sendiri
Korea Selatan telah mula menghasilkan vaksin untuk merawat jangkitan wabak Covid-19 dan mereka juga telah mula mencipta kit ujian saringan Covid-19 yang boleh rakyat mereka gunakan di rumah.
Antara sebab Korea Selatan mampu bertindak pantas begini adalah kerana, mereka juga pernah berpengalaman melawan jangkitan SARS pada tahun 2003.
Tambahan lagi, kempen ‘Jarakan Sosial’ yang mula diamalkan di Malaysia sekarang ini, sebenarnya telah diperkenalkan oleh Presiden Korea Selatan bagi menangani virus maut ini. Hebat bukan, cara Korea Selatan bertindak pantas bagi menangani virus maut ini.